More
    Home Lain-lain RM 150 juta untuk tangani banjir di Sarawak

    RM 150 juta untuk tangani banjir di Sarawak

    Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Dr Abang Haji Abdul Rahman Zohari memberi ucapan perasmian Majlis Pelancaran Pelan Induk Saliran Bandaraya Kuching & Samarahan di Dataran MJC, Batu Kawa.

    Kuching, 25 April 2018 (SNN) – Ketua Menteri Sarawak mengumumkan peruntukan sebanyak RM 150 juta daripada kerajaan pusat melalui Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar selain RM 42.96 juta daripada kerajaan negeri Sarawak.

    Permasalahan banjir di Sarawak menjadi isu utama yang diberikan perhatian oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia melalui kajian dan perencanaan Pelan Induk Saliran Bandaraya Kuching & Kota Samarahan semenjak dari tahun 2010.  Masalah banjir kilat teruk pernah berlaku di Sarawak pada 2 Mei 2017 di Kuching dan Miri.

    Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Dr Abang Haji Abdul Rahman Zohari berkata, kerajaan negeri berterima kasih kepada kerajaan pusat dengan kelulusan diberikan kepada Pelan Induk Saliran Bandaraya Kuching & Samarahan.  Ujar beliau lagi cakupan projek ini sangat luas meliputi 167 hektar kawasan di Kuching & Samarahan akan memberikan.

    Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Dr Abang Haji Abdul Rahman Zohari dan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar mendengar penerangan daripada pegawai Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak.

    Menurut Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang turut berucap dalam majlis berkenaan, pelan Projek Pembanggunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLBS) Sungai Sarawak yang diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 merangkumi 7 projek-projek menaik taraf sistem saliran di Bandaraya sedang di beberapa buah kawasan iaitu di Hospital Umum Sarawak, kuarters-kuarters kerajaan, Sungai Gersik, Sungai Sinjan, Jalan Batu Lintang, Sekolah Kebangsaan Muara Tuang, Jalan Kuching-Samarahan Expressway, Samarahan. Jumlah penduduk yang dianggarkan menerima manfaat daripada pelan keselamatan ini ialah berjumlah.

    Selain itu, peruntukan berkenaan juga merangkumi pelaksanaan 2 projek bagi mempedalamkan dan melebarkan Sungai Tengah, Sungai Minjap dan Sungai Tabuan serta projek pembinaan tebingan sungai di Kampung Sungai Bedil dan Kampung Lintang.

    Hadiran yang terdiri daripada Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Kaum dan dan masyarakat sekitar Batu Kawa.

    Antara projek lain yang diluluskan ialah 8 projek Rancangan Tebatan  Banjir dengan jumlah kos projek bernilai RM 202 juta dan 8 lagi projek Rancangan Memulihkan Koridor Sungai beserta 3 projek bagi mengatasi keadaan darurat dengan kos syiling sebanyak RM70 juta.

    qhidirisa
    Journalis dan Editor Sarawak News Network.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    JKM Miri hantar barangan keperluan lebih seribu kepada penduduk di Penempatan...

    0
    MIRI, 27 JANUARI 2021 (SNN): Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Miri menghulur bantuan kerupa barangan keperluan kepada penduduk di kawasan Sungai Liam dan Sungai...