More
    Home Lain-lain Sarawak Aset Pertanian Terpenting Malaysia

    Sarawak Aset Pertanian Terpenting Malaysia

    SEBUYAU: “Bidang Pertanian di Sarawak sentiasa mendapat perhatian khusus oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani” kata Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
    Katanya, keutamaan tersebut diberikan kerana Sarawak mempunyai kawasan strategik seperti lembah-lembah yang subur dan sistem aliran sungai yang baik bagi perusahaan pertanian. Struktur geofizikal berkenaan merupakan sebuah potensi besar bagi perusahaan pertanian termasuk pertanian berskala besar.

    “Tanah yang luas dan cukup besar dan jumlah penduduk masih kecil sesuai untuk menjadikan Sarawak sebagai sebuah negeri pertanian aset negara yang terbesar” ujar Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

    Walau bagaimanapun, beliau akui cabaran daripada faktor kadar hujan yang tinggi di Sarawak merupakan halangan terbesar yang perlu diatasi. Menurut beliau, “Apa sahaja cadangan atau jenis tanaman untuk mengkomersialkan sektor pertanian yang ada di Sarawak perlu dikaji mengikut pelbagai faktor lebih-lebih lagi daripada segi jumlah taburan hujan yang tinggi,”.

    Beliau dalam pada itu mengadakan lawatan dan merasmikan majlis pelepasan bagi 1,000 induk udang harimau, 10 ekor induk ikan siakap dan 1,000 benih ikan siakap bersaiz 4 hingga 6 inci di Terminal Penumpang Sebuyau pada Selasa lepas. Turut sama menghadiri majlis ialah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

    Sebanyak 1.28 million hektar tanah dibangunkan untuk perladangan kelapa sawit pada 2014.

    Berdasarkan statistik perangkaan tahun 2017, Sarawak mempunyai kira-kira 2 million hektar tanah pertanian, hasil tangkapan laut sebenar 330, 000 tan setahun dan kekayaan sumber biodiversiti yang berpotensi dimanfaatkan dalam bidang farmasitikal dan industri makanan. Keberhasilan dalam bidang pertanian menyumbang sebanyak 14% kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dan 11% atau RM 10.3 billion kepada kadar eksport negeri tahun 2016. Antara perusahaan pertanian yang mendapat tempat di Sarawak ialah penanaman getah di Betong, Sri Aman dan Betong manakala perusahaan padi di Sungai Tunuh (Kapit), Skuduk Jepak (Siburan), Tanjung Purun (Lundu), Lubok Nibong (Saratok) dan penanaman padi bukit di Bario, selain perladangan kelapa sawit di Kuching, Samarahan, Bintulu, dan Limbang.

    Daerah Bario yang terkenal dengan penanaman padi berkualiti tinggi

    Bagi mentransformasikan bidang pertanian di Sarawak melalui strategi modernisasi, pengkomersialan dan aplikasi teknologi digital. Ini dapat meningkatkan kualiti hasil pertanian selain memperluaskan jaringan komersial pengusaha-pengusaha pertanian di Sarawak. Sebagai rekod, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM 100 million sebagai modal pelaburan bagi memperkukuhkan modal kewangan dalam bidang pertanian pada tahun 2017.

    qhidirisa
    Journalis dan Editor Sarawak News Network.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Penduduk yang terjejas di kawasan PKP akan terima bantuan makanan dari...

    0
    KUCHING, 19 JANUARI 2021 (SNN) : Bahagian Sibu yang kini berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga hujung Januari ini memberi kesan terhadap aktiviti...