Majlis Pecah Tanah Jambatan Sungai Krian, Kaba, Saratok 24 September 2019

0
393
Julaihi semasa lawatan kerja ke tapak pembinaan jambatan Sungai Krian dekat Kaba hari ini bersama rombongan

BETONG , 15 Ogos 2019 (SNN)- Majlis pecah tanah Jambatan Sungai Krian dekat Kaba, Saratok,  Bahagian Betong dijadualkan berlangsung pada 24 September 2019. Majlis perasmian ini akan dilakukan oleh YAB Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg.  Menteri Muda Jalan Pesisir Sarawak, YB Datuk Haji Julaihi Haji Narawi berkata demikian semasa lawatan kerja ke tapak pembinaan jambatan Sungai Krian dekat Kaba hari ini bersama rombongan.

“Jambatan Sungai Krian adalah salah satu lagi dari jambatan-jambatan di laluan jalan pesisir Sarawak yang dibina dengan Bajet Kerajaan Sarawak sendiri. Jambatan ini adalah sepanjang 690 meter sementara Jalan Tuju (approach road) menuju ke tapak jambatan ini ialah 290 meter dari arah Pusa dan 976 meter dari arah Sessang,” tambahnya lagi.

Julaihi, berkata demikian setelah mempengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Majlis Pecah Tanah Jambatan Sungai Krian dekat Kaba, Bahagian Betong di Pejabat Residen Betong pada tengahari tadi.

Turut hadir di mesyuarat tersebut adalah Ahli Parlimen Betong, Datuk Robert Chuat; ADUN Kalaka, Datuk Abdul Wahab Aziz; ADUN Beting Maro Razaili Haji Gapor; Setiausaha Politik Kepada YAB Ketua Menteri Dr Richard Rapu, Penolong Pengarah JKR John Aten, Residen Betong Friday Belik, Kontraktor EPR (Kuching) Sdn Bhd dan Consultant Perunding EC Sepakat Sdn Bhd bagi jambatan berkenaan.

Selesai mesyuarat, Julaihi yang juga Pengerusi Pengelola Jawatankuasa Majlis Pecah Tanah berkenaan kemudiannya mengetuai lawatan ke tapak Jambatan Krian.

Julaihi bersama ADUN Kalaka, Abdul Wahab Aziz meninjau tapak projek Jambatan Sungai Krian
Julaihi semasa mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Majlis Pecah Tanah Jambatan Sungai Krian dekat Kaba, Bahagian Betong di Pejabat Residen Betong pada tengahari tadi
 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here