More
    Home Lot Pasar raya D Valley Batu 7 nyaris musnah dalam satu kebakaran

    Lot Pasar raya D Valley Batu 7 nyaris musnah dalam satu kebakaran

    KUCHING, 20 SEPTEMBER 2020 (SNN) : Bangunan pasar raya D Valley Batu 7 Kuching hampir musnah selepas satu kebakaran melibatkan bangunan itu pada petang semalam.

    Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan kejadian menerusi panggilan kecemasan sekitar jam 11.10 malam sebelum mengerahkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang bersama BBP Tabuan Jaya ke lokasi kejadian.

    “Setibanya ke lokasi pihaknya bertindak untuk memecah masuk pintu hadapan bangunan bangunan tersebut bagi operasi pemadaman dapat dilakukan.

    “Komander operasi melaporkan kebakaran itu membabitkan sebuah bangunan pasar raya berkeluasan 850 meter persegi berikutan asap tebal keluar dari bahagian bawah bangunan itu,” katanya dalam satu kenyataan.

    Kerja pemadaman api berjaya mengawal kebakaran dengan mengambil masa empat minit seterusnya berjaya memadamkan api secara keseluruhannya di tempat kejadian.

    Pihak bomba dengan tangkas mengawal api kebakaran.

    Tambahnya, kebakaran tersebut memusnahkan kira-kira 10 peratus struktur bangunan yang turut melibatkan dua buah kaunter dan barang-barang yang berhampiran kaunter terbabit.

    Ujarnya, operasi terbabit ditamatkan sepenuhnya pada jam 12.21 tengah malam.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang siap Julai ini-Julaihi

    0
    KUCHING, 28 MAC 2024 (SNN): Kerja-kerja fizikal menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang yang bermula sejak 1 Mac 2021 lalu dijangka siap sepenuhnya...