More
    Home Sarawak Samarahan Datuk Julaihi rasmi Tabika Kemas baharu bagi Kampung Hulu C dan D...

    Datuk Julaihi rasmi Tabika Kemas baharu bagi Kampung Hulu C dan D Sebuyau

    SEBUYAU, 20 SEPTEMBER 2020 (SNN) : Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak Datuk Julaihi Narawi merasmikan bangunan Tabika Kemas baharu bagi Kampung Hulu C dan D di Kampung Lot Baru di sini semalam.

    Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Neger (ADUN) Sebuyau berkata, Tabika merupakan proses penting untuk pendidikan awal kanak-kanak lebih-lebih lagi bagi anak-anak di kawasan luar bandar.

    “Pendidikan adalah pelaburan yang amat penting bagi jangka masa panjang untuk setiap keluarga kerana dengan kualiti pendidikan yang baik akan mengubah tahap sosioekonomi mereka.

    “Kerajaan telah menyediakan prasarana dan kemudahan seperti ini untuk ibu-bapa mengambil peluang dalam memastikan anak-anak mereka mendapatkan pendidikan di peringkat awal kanak-kanak,” katanya ketika berucap dalam Majlis Perasmian Tabika Kemas baharu di Sebuyau.

    Datuk Julaihi bergambar bersama tetamu yang hadir selepas majlis perasmian tabika baharu

    Dalam pada itu, beliau turut meluluskan geran MRP berjumlah RM5,000 untuk Jawatankuasa Ibu-bapa Tabika.

    Turut hadir sama Pengarah KEMAS Encik Khairuddin Md Nasir, Pegawai Tadbir Sarawak Pejabat Daerah Kecil Sebuyau, Puan Mimunah, Penghulu Haji Abu Seman Suhaili dan tetamu yang lain.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    7 blok kediaman pekerja musnah dalam satu kebakaran

    0
    KUCHING, 27 JANUARI 2021 (SNN) : 7 buah blok rumah pekerja binaan musnah dalam satu kebakaran di Bormil Estate Jalan Keretapi di sini pada...