More
    Home Sarawak Limbang Limbang berpotensi untuk dijadikan Projek Perintis Tanaman Nanas 'Keningau Diamond

    Limbang berpotensi untuk dijadikan Projek Perintis Tanaman Nanas ‘Keningau Diamond

    LIMBANG, 11 FEBRUARI 2021 (SNN) : Daerah Limbang mempunyai potensi untuk dijadikan projek penanaman nanam jenis ‘Keningau Diamond’ yang hanya terdapat di Keningau, Sabah dan merupakan varieti jenis baharu.

    Menteri Muda Permodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, Daerah Limbang seperti di Kampung Pandam sudah mula melaksanakan projek ini dan struktur tanah serta bentuk muka bumi yang sesuai menjadikan varieti jenis ini dapat ditanam di kawasan berkenaan.

    “Nanas jenis ini sangat manis dan berpoetensi untuk dieksport ke luar negara dan ianya mula diperkenalkan di Sarawak dengan menjadikan Limbang sebagai lokasi permulaan bagi menanam dan mengusahakan varieti ini secara berkelompok di Kampung Pandam.

    “Setakat ini seramai 24 petani melibatkan diri untuk mengusahakan tanaman nanas ini yang mana setiap dari mereka mengusahakan sekurang-kurangnya satu ekar tanah dan sudah bermula sejak 8 bulan yang lalu hasil bantuan serta bimbingan daripada pihak Jabatan Pertanian Sarawak,” katanya ketika hadir melakukan lawatan ke Tapak Projek Pertanian Berkelompok Perintis Nanas Keningau Diamond dan kebun persendirian pada Isnin.

    Sekitar program lawatan ke ladang nanas perintis Keningau Diamond pada Isnin.

    Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota, menjelaskan di kawasan Limbang ini masih lagi banyak kawasan tanah kosong milik para petani dan kita amat menggalakkan mereka supaya menceburi bidang penanaman nanas ini yang mempunyai potensi dalam pasaran di masa akan datang.

    “Kita melihat nanas jenis ini hidup subur di kawasan Limbang dan yakin projek ini mempunyai potensi besar untuk berjaya serta dapat dieksport ke luar negara pada masa akan datang,” tegasnya.

    Turut hadir sama mengiringi lawatan Pegawai Pertanian Pembangunan dan Pengembangan Bahagian Limbang Amirul Fikri Jemali, Jurutera Awam Jabatan Pengiran dan Saliran (JPS) Bahagian Limbang Mohamad Izzizi Abing dan Ketua Kaum Kampung Pandam Abdul Rahman Said.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang siap Julai ini-Julaihi

    0
    KUCHING, 28 MAC 2024 (SNN): Kerja-kerja fizikal menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang yang bermula sejak 1 Mac 2021 lalu dijangka siap sepenuhnya...