More
    Home Sarawak Samarahan Kerajaan negeri lulus peruntukan di bawah RTP baikpulih masjid Kampung Tanjung Kelaso,...

    Kerajaan negeri lulus peruntukan di bawah RTP baikpulih masjid Kampung Tanjung Kelaso, Simunjan

    SIMUNJAN, 10 FEBRUARI 2021 (SNN) : Kerajaan negeri Sarawak meluluskan peruntukan sebanyak RM350,000 di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi kerja-kerja baikpulih Masjid Darul Salam Kampung Tanjung Kelaso, Simunjan.

    Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Deris, masjid yang sedia ada sekiranya tidak dapat dinaiktaraf kita akan membina baharu di atas tapak yang sama.

    Kerja-kerja pemeriksaan struktur bangunan masjid berkenaan akan dilakukan dengan kerjasama daripada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi memastikan samada masih selamat digunakan atau perlu dibina semula.

    Beliau berkata demikian semasa hadir membuat tinjauan di Masjid Darul Salam Kampung Tanjung Kelaso, Sadong Jaya pada Selasa.

    Turut hadir sama dalam tinjauan berkenaan adalah Pegawai Agama Islam Bahagian Samarahan; Ustaz Hazimin Shakir Said, Ketua Kampung Tanjung Kelaso; Akup Bahar, dan pegawai dari JKR Samarahan.-SUMBER UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan negeri terus komited membangun dan menyediakan keperluan sekolah di Bahagian...

    0
    LIMBANG, 27 FEBRUARI 2021 (SNN) : Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus komited membangunkan dan memberi kemudahan ke atas...