Lelaki dikhuatiri hilang dibaham buaya di Pusa

0
441
Gambar : Anggota bomba melakukan Operasi mencari dan menyelamat

PUSA 3 JULAI (SNN) : Seorang lelaki dikhuatiri hilang selepas dibaham seekor buaya di Sungai Undey kampung Tambak, Pusa semalam.

Menurut saksi kejadian, mangsa dilihat dalam keadaan terheret ke hulu sungai dipercayai disambar buaya sambil menjerit meminta tolong kepada rakan-rakannya ketika mengambil batang rumbia di lokasi kejadian.

Mangsa dikenali sebagai Sarkawi Talip ,61, kejadian dilaporkan berlaku sekitar 3.45 petang ketika mangsa difahamkan sedang mengikat hasil tersebut di tepi sungai berkenaan sebelum dilihat sudah berada di hulu sungai.

Gambar : Lokasi dikatakan mangsa telah dibaham buaya

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Betong telah dikerahkan ke lokasi dan melakukan pencarian radius 1 kilometer ke hulu dan hilir sungai.

Tambahnya, operasi pencarian turut dibantu oleh orang kampung seramai 80 orang dengan menggunakan 13 buah perahu panjang.

Setakat ini (semalam) tiada laporan pengesahan mengenai mangsa oleh pihak penguat kuasa. -Sumber Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak. Dilaporkan oleh Nizal.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here