Lawas Bike Week Rapatkan Hubungan Antara Penduduk Pelbagai Tempat

0
1286
Kemeriahan sambutan Lawas Bike Week anjuran Kelab Lawas Bike Week, semalam

LAWAS, 22 April 2019 (SNN)- Lawas Bike Week boleh merapatkan hubungan antara penduduk pelbagai tempat. Aktiviti ini akan dimasukan di dalam kalender tetap di Daerah Lawas sebagai aktiviti tahunan. “Aktiviti seperti ini akan dapat merapatkan lagi hubungan di antara kita yang datang dari pelbagai tempat dan dengan itu kita dapat faham memahami kelainan yang ada serta persamaan yang ada di antara satu sama lain. Aktiviti ini juga dapat membawa nama Lawas sebagai destinasi popular dalam aktiviti sukan bermotosikal di kawasan utara Sarawak”.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak YB Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan berkata demikian di Majlis Perasmian Lawas Bike Week 2019 dan “Charity Ride” Ke Kampung Awat-Awat, Sundar anjuran Kelab Lawas Bike Week, semalam.

Pada majlis itu, Awang Tengah turut menyampaikan cek peruntukan daripada Ahli Parlimen yang berjumlah RM30,000 kepada Pengerusi Lawas Bikers Azmin Othman. Beliau juga menyerahkan tong pemadam api dan jaket keselamatan kepada setiap wakil kampung sebagai langkah pencegahan kebakaran.

Dalam ucapannya beliau turut berkata bahawa Kampung Awat-Awat kini terkenal sebagai hab sektor perikanan mahupun eco-pelancongan. Perubahan wajah pada Daerah Lawas ini telah menyebabkan Kampung Awat-Awat kini menjadi destinasi tumpuan dalam menjadi hab sektor perikanan mahupun menjadi eco-pelancongan dengan adanya Teluk Brunei.

“Kampung Awat-Awat kini telah menjadi hab sektor perikanan mahupun menjadi eco-pelancongan dengan adanya Teluk Brunei sebagai daya tarikan dan sumber. Oleh itu, penduduk kampung harus menyediakan prasarana seperti ‘homestay’ serta kemudahan yang berkaitan dan begitu juga dengan adanya infrastruktur di bawah seliaan Majlis Daerah Lawas (MDL),” katanya.

 Menurut Awang Tengah yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Sari, pihaknya akan mempertimbangkan penggantian jambatan kayu Kampung Awat-Awat kepada jambatan konkrit. “Jambatan kayu ini telah tidak begitu selamat digunakan penduduk. Saya akan mempertimbangkan agar jambatan kayu ini ditukar kepada jambatan konkrit supaya lebih tahan lama dan selamat digunakan. Bagi Sekolah Kebangsaan (SK) Awat-Awat, tapak baru bagi cadangan pembinaan baru sekolah ini sudah ada. Ketika ini hanya menunggu peruntukan sahaja untuk memulakan pembinaannya,” tambahnya.

Hadir sama pada majlis tersebut adalah Ahli Parlimen Lawas YB Dato Henry Sum Agong, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau YB Paulus Paku Gumbang, Residen Bahagian Limbang Ir. Ahmad Denney bin Haji Ahmad Fauzi, Pegawai Daerah Lawas Ladin Atok, Pengerusi Penganjur Lawas Bike Week Amin bin Othman dan Ketua-ketua Masyarakat. 

Awang Tengah semasa merasmikan Lawas Bike Week 2019 dan “Charity Ride” Ke Kampung Awat-Awat, Sundar anjuran Kelab Lawas Bike Week, semalam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here