Kursus Pemerkasaan Wanita Bantu Tambah Pendapatan Usahawan Wanita dan Ibu Tunggal

0
722
Medan Niaga Satok merupakan antara lokasi perniagaan di kalangan wanita dan ibu tunggal di Kuching

KUCHING, 03 Mei 2019 (SNN)- Kursus pemerkasaan wanita ternyata berjaya membantu menambah pendapatan usahawan wanita dan ibu tunggal.  Ini juga membuktikan bahawa Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak menerusi Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) sentiasa mengutamakan keperluan wanita dan ibu tunggal yang berkeperluan.

Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak YB Rosey Yunus berkata pemerkasaan wanita merupakan tema dan objektif utama bagi JWKS terutama dalam bidang kemahiran dan ekonomi.”JKWS menyediakan beberapa kursus iaitu kulinari, kecantikan, spa dan urut, dan juga jahitan kreatif Pusat Latihan Wisma Wanita.

“JWKS sebelum ini telah mengadakan beberapa kursus yang dinamakan kursus mega telah diadakan di beberapa kawasan luar bandar di Sarawak. Mulai tahun ini, JWKS mengadakan kursus-kursus cara Poket Training berbentuk fokus ‘women skill training’ untuk seramai 25 orang peserta setiap kumpulan di mana objektifnya tetap sama untuk melatih para wanita khususnya golongan ibu tunggal, wanita berpendapatan rendah dan juga daripada kalangan suri rumah,” katanya ketika menjawab soalan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan YB Awla Dris semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.

Rosey juga menjelaskan JWKS juga menyediakan kursus teknologi maklumat kepada ibu tunggal yang bertujuan menguasai asas ICT untuk mengusahakan perniagaan secara atas talian. Dalam menceburi bidangan perniagaan ini, kekangan utama ialah berkenaan dengan modal kewangan. 

“YAB Ketua Menteri Sarawak telah meluluskan RM500 ribu pada tahun 2018 dan RM1 juta untuk tahun ini bagi tujuan ‘starter kid’ ataupun untuk ‘upskill’ perniagaan mereka. Setiap permohonan yang berjaya akan mendapat bantuan perniagaan yang bernilai RM5 ribu. Ianya membantu wanita untuk memulakan perniagaan ‘starter kid’ ataupun untuk ‘upskill’ perniagaan mereka,” tambahnya.

Berkenaan soalan tambahan yang dikemukakan ADUN Simunjan, Rosey memberitahu semua kursus yang diadakan di Wisma Wanita akan diadakan selama dua hari manakala Kursus Teknologi Maklumat untuk ibu tunggal adalah selama empat hari. Menyentuh mengenai keberkesanan kursus dan latihan yang diberikan ini, Rosey telah memberikan dua kisah kejayaan peserta yang telah memperoleh kejayaan hasil yang boleh dijadikan suntikan semangat kepada peserta lain.

Kisah kejayaan mereka ini diperolehi daripada Borang Kajian Graduan Pusat Latihan Wisma Wanita (WWTC) dan kordinator JWKS bersama dengan pihak vendor dalam mengadakan mesyuarat penyelarasan WWTC. Kisah kejayaan Rauyah binti Abdul Ghani dalam bidang kecantikan. Pada awalnya, beliau hanya memperoleh pendapatan sebanyak RM300 sebulan. Selepas mengikuti kursus dan latihan dengan cara bagaimana memasarkan perkhidmatan networking, sekarang beliau memperoleh pendapatan sebanyak RM1,200 sebulan. Kedua, Aprilnight anak Bujang. Sebelum ini pendapatanya di bawah RM600, dan ketika ini dengan kepelbagaian kemahiran yang telah diperolehi. Beliau kini telah memperoleh pendapatan sebanyak RM2,400 sebulan,” ujarnya. 

Daripada contoh kejayaan ini menunjukkan pentingnya kursus dan latihan bagi tujuan peningkatan usahawan terutamanya berkaitan dengan teknologi maklumat dan kaedah mempromosikan perniagaan masing-masing secara atas talian.

Rosey Yunus ketika menjawab soalan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan Awla Dris semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here