45 Masjid dan Surau Kawasan Pantai Damai Terima Sumbangan Sempena Ramadhan

0
226
Wan Junaidi bersama sebahagian ahli jawatankuasa masjid dan surau yang datang menerima sumbangan masing-masing

Kuching, 3 Mei 2019 (SNN) – Sebanyak 45 buah masjid dan surau di kawasan N4 Pantai Damai menerima sumbangan daripada YB Dato Sri Dr Hj. Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar, Ahli Parlimen Santubong sempena Bulan Ramadhan Al Mubarak yang akan menjelma. Seramai 45 ahli jawatankuasa-jawatankuasa surau dan masjid zon N4 Pantai Damai hadir di Masjid Darul Hana, Kuching pada pagi ini untuk menerima sumbangan bagi masjid dan surau masing-masing.

Yang hadir menerima sumbangan ialah, Jawatankuasa Surau/Masjid dari Kampung Sungai Batu, Family Park, Demak Baru Fasa 2, Kampung Sourabaya HIlir, Taman Puteri, Kampung Pulo Ulu, Kampung Bintawa, Bandar Baru Samariang, Kampung Rampangi Fasa 2, Kampung Rampangai Fasa 1, Kampung Panglima Seman Ulu, Kampung Bintawa Batu, Kampung Pasir Pandak, Kampung Semarang, Kampung Pulo Hilir, Kampung Sri Kandong, Kampung Sungai Lumut, Kampung Panglima Seman Lama, Kampung Sibu Laut, Kampung Bintawa Hilir, Kampung Boyan, Kampung Gersik, Kampung Sourabaya Ulu, Kampung Bintawa Ulu, Kampung Buntal Lama, Kampung Sungai Aur, Kampung Sungai Bedaun, Bandar Baru Semariang Fasa 1, Bandar Baru Semariang, Kampung Telaga Air, Kampung Santubong, Kampung Salak, Kampung Pasir Pandan, Kampung Trombol, Kampung Selang Ulu, Samariang Aman Fasa 3, Kampung Jaya Bakti, Kampung Buntal, Kampung Temenggong, Kampung Selang Laut, Kampung Bukit Kudi Sungai Tiram Batu Mas, dan Masjid Darul Hana.

Sebanyak RM81,000 sumbangan diagihkan kepada semua 14 buah masjid dan 31 buah surau di kawasan N4 Pantai Damai tersebut.

Sebanyak RM81,000 sumbangan diagihkan kepada semua 14 buah masjid dan 31 buah surau di kawasan N4 Pantai Damai. Salah seorang ahli jawatankuasa masjid/surau menerima sumbangan daripada Wan Junaidi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here