More
    Home Kuasai kemahiran dan pengetahuan asas nelayan untuk tingkatkan hasil- Dr. Hazland

    Kuasai kemahiran dan pengetahuan asas nelayan untuk tingkatkan hasil- Dr. Hazland

    DEMAK LAUT, 18 DISEMBER 2020 (SNN) : Nelayan khususnya mereka yang baru menceburi bidang tersebut disarankan agar perlu memiliki sekurang-kurangnya pengetahuan asas dan kemahiran dalam industri perikanan.

    Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut, Dr Hadzland Abang Hipni, seorang nelayan perlu sekurang-kurangnya memiliki ilmu dalam segala aspek berkaitan perikanan dan menangkap ikan.

    “Sebagai seorang nelayan itu tidak hanya melibatkan kemahiran mengendalikan kapal sahaja, tetapi perlu juga kuasai ilmu cuaca dan pasang surut air bagi membolehkan tangkapan membuahkan hasil.

    “Pada masa yang sama juga, sekiranya sudah menceburi bidang ini para nelayan haruslah menjadi dalam Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) dan mempunyai lesen agar dapat menerima manfaat bantuan daripada kerajaan,” katanya ketika berucap merasmikan Kursus dan Bengkel Membaiki Pukat di Dewan Masyarakat Kampung Goebilt pada Selasa.

    Seramai 15 orang nelayan muda menyertai bengkel yang dianjurkan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)

    Tambah beliau, mereka (nelayan) boleh mendaftarkan keahlian dengan pihak PNK di PNK Sri Muara ataupun PNK Bako Buntal bagi membolehkan bantuan seperti bantuan musim tengkujuh bernilai RM1,200 dan bantuan peralatan RM2,500 disalurkan.

    Di majlis yang sama, Dr Hazland turut menyampaikan sumbangan dana tahunan kepada Tabung Bantuan Anak Nelayan berjumlah RM10,000.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Lelaki lemas dipercayai selamatkan kekasih ditemui pada hari ketiga SAR

    0
    KUCHING, 17 JANUARI 2021 (SNN) : Misi Mencari dan Menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas dihanyut oleh air deras di Sungai Sarawak...