More
    Home Sarawak Serian Cadangan wujudkan CPPC di antara Daerah Serian dan Tebedu bantu tingkatkan pertumbuhan...

    Cadangan wujudkan CPPC di antara Daerah Serian dan Tebedu bantu tingkatkan pertumbuhan ekonomi

    SERIAN, 18 DISEMBER 2020 (SNN) : Cadangan untuk mewujudkan Pusat Pengumpulan, Pemprosesan dan Pembungkusan Produk Pertanian (CPPC) di antara Daerah Serian dan Tebedu di kawasan perkampungan akan direalisasikan.

    Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak, Datuk Amar Michael Manyin Jawong berkata, pusat pengumpulan itu wajar diwujudkan di kawasan berkenaan bagi meransang pertumbuhan ekonomi dan sektor pertanian.

    Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan undangan Negeri (ADUN) Tebedu menyifatkan pelaksanaan itu sebagai langkah menyokong usaha kerajaan Sarawak menjadikan negeri ini sebagai hab pengeluar produk pertanian dan pengeksport menjelang tahun 2030.

    Beliau berkata deimikian semasa merasmikan Program Jangkauan Komuniti Pertanian (AgriCOP) bagi DUN Tebedu di Kampung Entubuh, Tebedu pada Jumaat.

    Beliau turut menjelaskan Jabatan Pertanian Bahagian Serian dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) perlu memainkan peranan dalam membantu memasarkan hasil-hasil pertanian.-Sumber UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Notis penangguhan sementara semua aktiviti pengimarahan dan penetapan had jemaah bagi...

    0
    KUCHING, 21 JANUARI 2021 (SNN) : Berhubung dengan penularan wabak Covid-19 di negeri Sarawak yang dilihat semakin membimbangkan serta langkah-langkah pencegahan yang diambil oleh...