More
    Home Sarawak Samarahan Kerjasama semua pihak memerangi dadah amat digalakkan. -Datuk Naroden

    Kerjasama semua pihak memerangi dadah amat digalakkan. -Datuk Naroden

    GEDONG, 17 DISEMBER 2020 (SNN) : Usaha untuk memerangi masalah penglibatan dadah adalah tanggungjawab bersama bukan hanya kepada agensi pelaksana sahaja.

    Menteri Muda Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan (MINTRED) merangkap ADUN Gedong, Datuk Naroden Majais berkata, dengan segala kemudahan jaringan yang sangat pesat sekarang, ia memudahkan aktiviti penyalahgunaan dadah di kawasan ini khususnya luar bandar.

    “Disaat kita menikmati manfaat daripada pembangunan dan kemajuan ini, dalam masa yang sama juga memudahkan aktiviti jenayah dilakukan ditambah lagi eengan pekerja asing makin bertambah hingga mencecah ribuan orang.

    “Dibandingkan sebelum ini kes jenayah pecah rumah atau kecurian melibatkan dadah boleh dikatakan hampir tidak ada dan ini merupakan perubahan serta kesan dari pembangunan yang terpaksa kita hadapi,” katanya semasa majlis pelancaran Program Jihad Dadah Kontinjen Sarawak di Dewan Terbuka, di sini hari ini.

    Simbolik merasmikan program yang dilaksanakan bersama penduduk Gedong

    Dalam masa yang sama, Datuk Noraden menegaskan supaya penduduk yang tinggal di kawasan ini perlu sedar serta memahami kesan baik dan buruk daripada perubahan pembangunan yang dilaksanakan.

    Turut hadir sama dalam majlis Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Aidi Ismail.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Lelaki lemas dipercayai selamatkan kekasih ditemui pada hari ketiga SAR

    0
    KUCHING, 17 JANUARI 2021 (SNN) : Misi Mencari dan Menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas dihanyut oleh air deras di Sungai Sarawak...