More
    Home Persatuan Melayu Bandar Minyak Sokong Ketua Menteri Tuntut Hak Minyak dan Gas

    Persatuan Melayu Bandar Minyak Sokong Ketua Menteri Tuntut Hak Minyak dan Gas

    MIRI (SNN) – PERSATUAN MELAYU MIRI (PMM) MENYOKONG keputusan Ketua Menteri, Yang Amat Berhormat (YAB) Datuk Patinggi (Dr.) Abang Johari menuntut hak minyak dan gas.  Pendirian PMM, persatuan Melayu kedua ditubuhkan pada tahu 1936, ini telah diumumkan oleh Pengerusi PMM, Haji Razali Alison  dalam ucapan alu-aluan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 1439H/2018 di Stadium Tertutup Miri yang dihadiri YAB Ketua Menteri serta 2,000 orang tetamu.

    Razali Alison memberi ucapan alu-aluan

    Abang Johari dalam ucapan balas menegaskan bahawa Sarawak akan tetap menuntut hak minyak dan gas berdasarkan undang-undang negeri Sarawak.  Beliau menegaskan bahawa undang-undang pelombongan dan pengedaran minyak dan gas telah lama dikuatkuasakan di Sarawak semenjak tahun 1910 lagi dan diperkemaskan pada tahun 1956.  Sebagai pengeluar minyak dan gas yang sebelum terbentuknya Malaysia dan yang pertama, hak Sarawak harus dihormati oleh semua pihak.

    Abang Johari menegaskan tuntutan hak minyak dan gas.

    Ucapan Abang Johari yang keras itu telah mendapat tepukan gemuruh dari para hadirin di majlis tersebut.  Bagi penduduk Miri mereka berasa telah dibela kerana di Bandar Miri adalah bandar minyak. Bagi penduduk Bahagian Miri, khususnya Bandar Miri, sokongan ini memberi erti yang istimewa kerana di bandar inilah minyak pertama kalinya ditemui pada tahun 1910.

    Turut hadir di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri untuk Bahagian Miri ini adalah YB Datuk Abdul Karim Abdul Rahman, Menteri Pelancaongan, Warisan, Belia dan Sukan; Datuk Lim Kim Shin, Menteri Muda Pelancong; YB Puan Rosey Yunus, Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak; YB Lukanisman; YB Ripin Lamat dan juga kenamaan lain.

    Warung Persatuan Anak Jati Lawas Miri

    Majlis ini sangat meriah denan menggunakan konsep warung berlandaskan persatuan Melayu dan Islam di Miri.  Sebanyak 37 buah persatuan telah menyertai majlis ini tersmasuk Persatuan Anak Jati Lawas Miri yang menghidangkan kalupis dan kari daging kerabau.

    Sanifa
    Chief Editor

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Komplek Wisma Melayu Sarawak milik AKYBMS kini capai kemajuan 30 peratus...

    0
    KUCHING, 29 MAC 2024 (SNN): Peratusan Projek Pembinaan Wisma Melayu milik Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) di Jalan Dilpomatik, Petra Jaya kini...