Kerajaan Sarawak Tingkatkan Kemudahan Asas Saratok dan Pusa

0
1347
Kampung Melango Saratok

KUCHING, 02 Mei 2019 (SNN)- Kerajaan Sarawak tingkatkan kemudahan asas Saratok dan Pusa. Pembangunan kemudahan ini termasuk Skim Pembesaran Kampung (SPK) dalam menyediakan lot kediaman kepada rakyat di kawasan Saratok. Menteri Muda Perumahan Sarawak YB Dr Annuar Rapa’ee berkata kerajaan tidak mempunyai perancangan untuk membangunkan kawasan perumahan berdekatan Kampung Melayu, Saratok, tetapi menyediakan Skim Pembesaran Kampung di dua kampung iaitu Kampung Melango dan Kampung Hulu Saratok Fasa 1.

“Kementerian Pembangunan Bandar dan Sumber Asli Sarawak melalui Jabatan Tanah dan Survei (JTS) telah pun melaksanakan SPK berdekatan Kampung Melayu, Saratok yang dikenali SPK Melango dan SPK Hulu Saratok Fasa 1.Skim-skim ini dilaksanakan JTS yang mana masing-masingnya menyediakan 80 lot kediaman dan 72 lot kediaman”.

“Bagi SPK Hulu Saratok Fasa 1 pula sebanyak 39 lot telah diagihkan manakala proses pengagihan bagi baki 33 lot lagi sedang dilaksanakan dan dijangka dimuktamadkan pada tahun 2019,” katanya semasa menjawab soalan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka YB Datuk Haji Abdul Wahab Aziz semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.

Sementara Kerajaan Sarawak turut mencadangkan semula sebuah lagi SPK Kupang diwujudkan selepas cadangan sebelum ini tidak diluluskan. Cadangan SPK Kupang pula, yang menyediakan 134 lot kediaman telah dikemukakan untuk dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke 11 (RMK11) dan di dalam kajian semula separuh penggal RMK11, namun tidak diluluskan. “Bagaimanapun, skim ini akan dicadangkan semula untuk dilaksanakan dalam RMK12,” tambahnya. 

Sementara itu sebanyak 83 peratus projek naik taraf sistem perpaipan bekalan air kawasan Pusa telah mencapai kemajuan fizikal. Perkara ini dimaklumkan Menteri Muda Bekalan Air YB Datuk Liwan Lagang semasa menjawab soalan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beting Maro YB Razali Gapor di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke 18, hari ini.

“Status Menaik Taraf Bekalan Air Bersih DUN Beting Maro iaitu Projek Naik Taraf Sistem Perpaipan Bekalan Air Kawasan Pusa kini telah mencapai kemajuan fizikal sebanyak 83 peratus. Pada masa ini, bekalan elektrik di Beting Maro dibekalkan dengan kemudahan elektrik melalui kabel dasar laut (submarine cable) 11 kV dari Kabong. Sebagai tambahan, SESCO akan melaksanakan sumber kedua dengan pemasangan talian atas (overhead line) 33KV yang baru dari Pusa yang dijangka siap pada suku pertama tahun 2020,” katanya.

Datuk Liwan turut memaklumkan Projek ‘Site Investigation, Supply, Delivery, Installation, Teting, Commissioning, Operation, Maintenance & Refurbisent of Existing 0.01MLD (10,000 L/D) Package Desalination Plant System & Other Associated Works For Kampung Batang Maro, Kabong Betong” sedang dalam peringkat pengujian dan pertauliahan (Testing and Commisioning). 

Manakala Projek Bekalan Air Luar Bandar Kawasan Sessang Lubok Nibong, Perepat and Surrounding Areas, Saratok di bawah Projek Rakyat telah diserah milik tapak pada 2 April 2019. “Projek ini merangkumi pembinaan saluran paip dari kawasan Sessang ke Lubok Nibong, Kg Kaba, Kg Perpat, Kg Batang Maro dan Kg Paloh,” ujarnya.

Sementara itu, projek bekalan air ke Rh Kam dan Rh Duat “Delivery and Installation of 160mm dia. HDPE Pipe PN12.5 and Other Associated Work to Rumah Duat Blok Asal and Rumah Kam Blok Kelilie Pusa” telah siap pada 25 Mac 2019. 

Dr Annuar Rapa’ee
 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here