Kerajaan Sarawak peruntuk RM9 juta naik taraf kemudahan air bagi sekolah luar bandar

0
98
ADUN Pantai Damai serahkan sumbangan kepada setiap pelajar yang terpilih

KUCHING, 01 OKTOBER 2020 (SNN) : Kerajaan Sarawak meluluskan dana sebanyak RM9 juta bagi menaik taraf kemudahan bekalan air bagi kawasan sekolah luar bandar.

Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air) Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, peruntukan terbabit akan disalurkan kepada kira-kira 50 buah sekolah luar bandar di negeri ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Pantai Damai turut menambah, pihaknya akan memohon lagi peruntukan untuk sekolah-sekolah lain mengikut keutamaan dalam memastikan semua sekolah di kawasan luar bandar dapat menikmati bekalan air bersih.

“Kerajaan negeri turut berhasrat untuk membantu sekolah-sekolah luar bandar yang masih belum mendapat bekalan elektrik secara konsisten,” katanya ketika hadir dalam majlis penyampaian sumbangan pelajar institut pengajian tinggi bagi kawasan DUN Pantai Damai, semalam.

Penyampaian sumbangan kepada pelajar yang menyambung ke IPT bagi kawasan Pantai Damai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here