Kerajaan komited bangunkan kawasan luar bandar

0
113
AP Lawas hadir menjawayakan program MERDEKA@Komuniti di Lawas pada Khamis

LAWAS, 21 OGOS 2020 (SNN) : Selepas mencapai kemerdekaan, negara terus dihujani dengan pembangunan dan kemajuan infrastruktur termasuklah di kawasan Daerah Lawas.

Timbalan Menteri II Pembangunan Luar Bandar Dato Henry Sum Agong berkata, membangunkan kawasan luar bandar seperti Daerah Lawas juga adalah tanggungjawab Kementerian Luar Bandar bagi merapatkan jurang kemajuan diantara bandar dengan luar bandar.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Lawas turut menjelaskan selepas negara mencapai kemerdekaan kerajaan berusaha untuk membawa lebih banyak kemajuan dan pembangunan terutama di kawasan-kawasan luar bandar.

“Perkara ini dapat kita lihat menerusi pembangunan berterusan yang dibawa kerajaan di kawasan luar bandar seperti jalan raya, bekalan air bersih, elektrik, infrastruktur dan sebagainya.

“walau bagaimanapun, pembangunan tersebut dibawa secara berperingkat dan mengikut keutamaan serta dilaksanakan satu per satu,” katanya semasa hadir Program MERDEKA @ Komuniti, Daerah Lawas anjuran Jabatan Penerangan Daerah Lawas dan Limbang di Dewan Kebudayaan Lun Bawang, Long Tuan, Trusan pada Khamis.

Penduduk hadir bersama-sama bagi meraikan program yang dianjurkan

Tambahnya, program tersebut merupakan inisiatif Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) melalui Jabatan Penerangan bagi menyemarakkan semangat patriotisme cintakan negara ini dalam bulan kemerdekaan disamping meningkatkan kesedaran dan penghayatan kemerdekaan dalam kalangan rakyat di negara ini.

Turut hadir sama dalam program itu Pegawa Daerah Lawas Laidin bin Atok, Penghulu Kading Palong, Ketua-Ketua Jabatan dan Ketua Masyarakat serta Ketua Kaum (KMKK).-Sumber Ukas. Nizal

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here