More
    Home Sarawak Mukah Fatimah galakkan usahawan wanita mohon lesen bagi menerima pelbagai bantuan perniagaan

    Fatimah galakkan usahawan wanita mohon lesen bagi menerima pelbagai bantuan perniagaan

    OYA, 21 OGOS 2020 (SNN) : Usahawan wanita tempatan di negeri ini dinasihatkan untuk mendaftar bagi mendapatkan lesen perniagaan mereka.

    Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Dato’ Sri Fatimah Abdullah berkata, sekiranya usahawan wanita memiliki lesen perniagaan mereka mendapat manfaat dengan pelbagai bantuan diperoleh daripada agensi dan jabatan kerajaan.

    “Satu kerugiaan bagi pengusaha wanita tempatan tidak mendapat manfaat daripada bantuan yang disediakan oleh kerajaan sekiranya mereka tidak mempunyai lesen perniagaan.

    “Untuk itu, sesiapa yang mempunyai perniagaan kecil-kecilan jangan ragu-ragu untuk memohon lesen itu,” ujar beliau semasa Program Ziarah Kampung Senau Bersama Wanita, Pemuda, Bapak dan Beliawanis PBB Kampung di Balai Raya Kampung Senau, Oya pada Selasa.

    Fatimah bergambar bersama-sama orang kampung yang hadir ke program di Kampung Senau, Oya

    Tambah beliau lagi, ada pihak yang memberikan alasan tidak mahu memohon lesen disebabkan takut dikenakan cukai oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

    Pihak LHDN tidak akan sewenang-wenangnya akan mengenakan cukai keatas perniagaan kerana pengiraan bayaran cukai diambil berdasarkan perolehan, dan bergantung kepada hasil mereka.-Sumber Ukas. Nizal.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    ATC Kubong bakal dijadikan stesen pengeluaran hasil pertanian bermutu tinggi

    0
    LIMBANG, 20 JAJUARI 2021 (SNN) : Kementerian Permodenan Pertanian, Tanah Asli dan Pembangunan Wilayah (MANRED) dalam kajian menambahbaik stesen-stesen pertanian atau Agriculture Training Centre...