More
    Home Kerajaan komited atasi masalah bekalan air bersih- Menteri Utiliti Sarawak

    Kerajaan komited atasi masalah bekalan air bersih- Menteri Utiliti Sarawak

    KUCHING, 22 OGOS 2020 (SNN) : Kerajaan Sarawak sentiasa memberi fokus kepada masalah bekalan air bersih di negeri ini agar dapat diselesaikan untuk kesejahteraan rakyat.

    Menteri Utiliti Sarawak Dato Sri Dr. Stephen Rundi Anak Utom berkata, parti politik terutama pihak pembangkang sentiasa berusaha mencari isu contohnya isu bekalan air bersih di negeri ini sebagai modal politik mereka.

    “Kerajaan Sarawak di bawah Parti Gabungan Parti Sarawak (GPS) sentiasa berpegang kepada janji manifesto Pilihan Raya Negeri (PRN) 2016 dan melaksanakan janji tersebut kepada rakyat,” katanya pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Kementerian Utiliti pada Jumaat.

    Seramai 8 kakitangan Kementerian Utiliti menerima APC dalam majlis itu.

    Dalam pada itu, kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM4 bilion bagi menjayakan usaha membekalkan air bersih dan terawat ke seluruh negeri menjelang tahun 2022.

    Tambahnya, Kerajaan juga mempunyai pelan induk bagi membekalkan bekalan air bersih ke kawasan selatan, tengah dan utara yang turut dibentangkan kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).-Sumber Ukas. Nizal.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak akan terus pastikan rakyat memiliki rumah selesa melalui PPRMS

    0
    LAWAS, 24 JANUARI 2021 (SNN) : Projek Penambahbaikan Rumah Rakyat Miskin Sarawak (PPRMS) yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri sejak dulu akan terus dilaksanakan dalam...