More
    Home Sarawak Sarikei Pembinaan Jambatan Paloh pelengkap jalan pesisir pantai Sarawak

    Pembinaan Jambatan Paloh pelengkap jalan pesisir pantai Sarawak

    SARIKEI, 23 OGOS 2020 (SNN) : Pembinaan Jambatan Sungai Paloh bakal melengkapkan jaringan jalan pesisir pantai Sarawak.

    Menteri Muda Pembangunan Pelabuhan dan Infrastruktur, Datuk Julaihi Narawi berkata, kerja-kerja pembinaan jambatan sudahpun bermula sejak tahun lepas namun tertangguh akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada awal tahun ini akbiat penularan wabak Covid-19.

    “Jambatan Sungai Paloh ini menelan kos sebanyak RM299 juta dan pembinaannya bermula dari tahun lepas lagi.

    “Siapnya jambatan ini kelak yang panjangnya kira-kira 1.7 kilometer akan menghubungkan Pulau Bruit dengan Tanjung Manis bagi menggantikan kemudahan feri Serdeng/Pulau Bruit,” katanya ketika dihubungi pihak media pada Jumaat.

    Sementara itu, Majlis Pecah Tanah Jambatan Batang Paloh telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada Sabtu di kawasan Bahagian Mukah.

    Persediaan bagi Majlis Pecah Tanah yang akan disempurnakan oleh Ketua Menteri pada Sabtu

    Tambahnya lagi, pembinaan ini ada dua tapak satu di bahagian Tanjung Manis dan satu lagi di Pulau Bruit. Oleh itu, majlis pecah tanah dilakukan di kawasan Bruit dengan mematuhi segala SOP atau norma-norma baharu.-Nizal.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Komplek Wisma Melayu Sarawak milik AKYBMS kini capai kemajuan 30 peratus...

    0
    KUCHING, 29 MAC 2024 (SNN): Peratusan Projek Pembinaan Wisma Melayu milik Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) di Jalan Dilpomatik, Petra Jaya kini...