More
    Home Sarawak Betong Kemeriahan Jelajah Qurban Aidiladha DUN Kabong, SOP Tetap Dipatuhi

    Kemeriahan Jelajah Qurban Aidiladha DUN Kabong, SOP Tetap Dipatuhi

    Kabong, 01 Ogos 2020 (SNN), Yang Berhormat Encik Mohd Chee Bin Kadir (ADUN N.40 Kabong) serta isteri hari  ini hadir sama dalam Jelajah Ibadah Qurban  bagi tahun 1441 Hijrah bersama penduduk bertempat di Kampung Sungai Endot, Masjid Assabirin Kabong, Masjid Ar-Rahman Sessang, dan Masjid Ar-Rahim Gerigat.

    Hadir bersama ialah Yang Berhormat Tuan Ali Anak Biju, Timbalan Menteri Tenaga Dan Sumber Asli Malaysia, merangkap Ahli Parlimen Saratok dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak Krian. Dalam kemeriahan Jelajah Aidiladha tahun ini yang disambut semasa negara masih belum bebas sepenuhnya  dari Covid-19, SOP tetap dipatuhi dengan pemakaian topeng muka, daftar kehadiran peserta serta penjarakan sosial.

    Mohd Chee Kadir turut mendaftar kehadiran yang merupakan sebahagian SOP yang perlu dipatuhi

    Jelajah Ibadah Qurban yang bermula seawal 7 pagi dengan lokasi pertama ialah di Surau Sungai Endot, Kabong yang telah menumbangkan 3 ekor lembu. Seterusnya, pada jam 8 pagi, YB ADUN Kabong terus ke lokasi seterusnya iaitu di Masjid Assabirin Kabong yang telah menumbangkan sebanyak 11 ekor lembu.

    Lembu-lembu ini adalah sumbangan YB ADUN Kabong (8 ekor) dan YB Ahli Parlimen Saratok (3 ekor). Tepat jam 10 pagi, rombongan terus ke Masjid Ar-Rahman, Sessang bersama rombongan YB Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, merangkap Ahli Parlimen Saratok.

    Ali Anak Biju menyerahkan daging qurban kepada salah seorang penerima.
    Mohd Chee Kadir turut menyerahkan daging qurban kepada salah seorang penerima.

    Masjid Ar-Rahman Sessang pula menumbangkan 4 ekor lembu. 3 ekor adalah sumbangan YB ADUN Kabong dan seekor pula sumbangan YB Parlimen Saratok.

    Seterusnya ,tepat jam 11.30 pagi, kedua – dua Yang Berhormat terus bergerak beredar ke Masjid Ar-Rahim Kampung Gerigat untuk menyaksikan Ibadah Korban di sana. Pada tahun ini, Masjid Ar-Rahim Gerigat menumbangkan 4 ekor lembu yang mana 3 ekor adalah sumbangan YB ADUN N.40 Kabong manakala seekor adalah sumbangan YB Parlimen Saratok.

    Daging qurban yang sudah bersedia untuk diagihkan

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Komplek Wisma Melayu Sarawak milik AKYBMS kini capai kemajuan 30 peratus...

    0
    KUCHING, 29 MAC 2024 (SNN): Peratusan Projek Pembinaan Wisma Melayu milik Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) di Jalan Dilpomatik, Petra Jaya kini...