More
    Home 134 individu antara yang ditahan ingkar PKP

    134 individu antara yang ditahan ingkar PKP

    KUALA LUMPUR, 01 OGOS 2020 (SNN) : Seramai 134 individu telah ditahan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Jumaat.

    Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah tersebut seramai 19 individu telah direman, 22 orang dijamin manakala 93 lagi dikenakan kompaun.

    “Antara kesalahan yang dilakukan adalah aktiviti pusat urut tanpa lesen (12 kesalahan), aktiviti tidak ikut SOP (33 kesalahan), aktiviti melibatkan kehadiran orang ramai (88 kesalahan) dan satu kesalahan ingkar perintah pengawasan di rumah,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

    PDRM turut melakukan pemantauan solat jumaat di 2,294 masjid yang melibatkan 283,255 jemaah pada 31 Julai dan didapati semuanya mengikuti Standard Operation Procedure (SOP) yang telah ditetapkan.

    PDRM juga telah membuat 63 Sekatan Jalan Raya Operasi Benteng di seluruh negara dan telah memeriksa 30,719 kenderaan bagi mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) terutamanya di lorong-lorong tikus.

    Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan OPS Sanitasi Awam diselia oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sejak 30 Mac 2020 lalu dan telah melakukan sebanyak 9,456 operasi sanitasi merangkumi 134 zon.-BERNAMA. Nizal.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    JKM Matu serah bantuan kepada mangsa banjir di kawasan Matu

    0
    MATU, 23 JANUARI 2021 (SNN) : Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah (JKMD) Matu dalam usaha menghulurkan bantuan kepada kira-kira 16,000 ribu mangsa banjir yang terjejas...