More
    Home Daerah Lawas terima sumbangan 30 ekor kerbau untuk ibadah korban

    Daerah Lawas terima sumbangan 30 ekor kerbau untuk ibadah korban

    LAWAS, 02 OGOS 2020 (SNN) : Sejumlah 30 ekor kerbau disumbangkan untuk Daerah Lawas bersempena sambutan Hari Raya Korban pada tahun ini.

    Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, sumbangan yang disampaikan menerusi Lembaga Amanah Khairat Islam Lawas (LAKHIL) itu merupakan sumbangan daripada beliau dan keluarga, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) dan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

    “Kerbau yang disumbangkan itu akan diagihkan kepada masjid dan surau di Daerah Lawas untuk dikorbankan dan dagingnya akan diagihkan kepada umat Islam di beberapa buah kampung di Daerah Lawas,” katanya dalam Majlis Penyerahan Daging Korban di Masjid Ma’mur Lawas pada Sabtu.

    Pembahagian keseluruhan kerbau itu telah diagihkan kepada 24 lokasi yang mendapat sijil Verterinar iaitu Zon Sundar ada 4 lokasi, Zon Awat-Awat 2, Zon Trusan 2, Zon Punang 2, Zon Jln Punang 3, Zon Seberang 2, Zon Merapoj 3, Zon Kuala Lawas 3 dan Zon Bandar 3 lokasi.

    Skitar majlis sumbangan kerbau korban

    Hadir sama isteri Timbalan Ketua Menteri Dato Hajah Morliah binti Datuk Haji Awang Daud, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Malaysia Dato Henry Sum Agong, Residen Bahagian Limbang Ir Ahmad Denney bin Haji Ahmad Fauzi, Pengarah Wilayah Badan Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) Datu Haji Ubaidilah bin Haji Abdul Latif dan Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Lawas Kaunselor Awangku Zainal Abidin bin Pengiran Haji Jawa. -Edisi UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Komplek Wisma Melayu Sarawak milik AKYBMS kini capai kemajuan 30 peratus...

    0
    KUCHING, 29 MAC 2024 (SNN): Peratusan Projek Pembinaan Wisma Melayu milik Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) di Jalan Dilpomatik, Petra Jaya kini...