Ke Mana Selepas SPM/ STPM?

0
370
Makumat Program Langkah Selepas SPM/STPM

MIRI, 12 MAC 2019 (SNN)- Ke mana Selepas SPM/ STPM?Ini merupakan persoalan yang subjektif yang secara langsung menyumbang kepada lakaran dan turning point dalam menentukan laluan perjalanan bagi seseorang individu pelajar untuk terus membina jambatan atau platform yang kukuh dalam mengejar impian dan cita-cita yang diimpikan.

Pelajar yang baru keluar dari alam persekolahan (SPM/STPM), kebanyakan daripada mereka lebih tertumpu kepada pendidikan akademik dan kokurikulum di sekolah sahaja untuk berjaya dan jarang yang sudah merancang hala tuju kerjaya masa depan mereka.

Justeru bimbingan dalam meningkatkan kesedaran mengenai pelbagai peluang pendidikan dan  kerjaya perlu diberikan  kepada golongan pelajar ini. Mengambil inistiatif ini, Persatuan Melayu Miri dengan kerjasama Persatuan Anak Jati Lawas di Miri, Pertubuhan Dangsanak Limbang-Miri, Miri-Dayak-Bidayuh National Association Cawangan Miri, Pustaka Negeri Sarawak Cawangan Miri dan Lembaga Amanah Kebajikan Melayu, Miri akan menganjurkan program Langkah Selepas SPM/STPM yang akan diadakan pada 23 Mac 2019 ( Sabtu ), bertempat di Pustaka Negeri Sarawak, Miri.

Program yang diberikan secara percuma ini merangkumi ceramah motivasi, serta ceramah nasihat dan bimbingan berhubung laluan pendidikan dan kerjaya, khususnya pelajar lepasan SPM dan STPM. Melalui cara ini pelajar akan mendapat bimbingan dan nasihat untuk mengikut landasan yang betul dan tepat seperti yang dikehendaki dalam memilih dan menentukan laluan yang akan diikuti selepas SPM/STPM.

Ini kerana kebanyakan pelajar cenderung untuk membuat keputusan mengenai kursus pengajian atau kerjaya tanpa memahami atau mengetahui sesuatu bidang tersebut dengan sepenuhnya. Ini boleh menyebabkan pelajar berkenaan tidak berminat, serta kurang memberi tumpuan sekaligus sukar untuk cemerlang dalam bidang yang dipilih itu.

Justeru, adalah penting bagi anak-anak diberi ruang dan peluang untuk membuat keputusan yang terbaik yang berkaitan dengan laluan pendidikan dan juga kerjaya pilihan mereka agar tidak timbul masalah di kemudian hari.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here