More
    Home Cabul kanak-kanak seorang lelaki dipenjara 5 tahun

    Cabul kanak-kanak seorang lelaki dipenjara 5 tahun

    SIBU, 15 OKTOBER 2020 (SNN) : Akibat daripada perbuatan mencabul seorang kanak-kanak lelaki berusia 43 tahun dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun selepas didapati bersalah melakukan perbuatan itu oleh pihak mahkamah.

    Hakim Mhakamah Sesyen Caroline Bee Majanil menjatuhkan hukuman keatas terduduh Fazdali Abu Bakar, 43 tahun, selepas mengaku bersalah atas perbuatan yang dilakukan keatas seorang kanak-kanak berumur 7 tahun mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan dihukum sama di bawah Seksyen 14 akta yang sama yang membawa hukuman sehingga 20 tahun dan sebatan.

    Menurut fakta kes, bapa mangsa yang merupakan kepada pengadu kes, mengetahui perihal kejadian selepas diberitahu isterinya pada 6 Oktober tertuduh telah mencabul anaknya dengan menyentuh bahagian sulit di kediaman mereka di sini.

    Pada hari yang sama pengadu membawa mangsa ke Hospital Sibu untuk pemeriksaan perubatan sebelum membuat laporan polis sehingga membawa penangkapan keatas tertuduh pada 9 Oktober sekitar jam 2.35 petang.

    Siasatan pihak polis mendapati tertuduh telah pergi ke rumah mangsa sementara pengadu tidak berada dirumah dan melakukan hal tersebut keatas mangsa.

    Akibat daripada insiden itu pihak mahkamah turut dimaklumkan bahawa mangsa mengalami trauma dan mempengaruhi tingkah laku mangsa.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    JKM Matu serah bantuan kepada mangsa banjir di kawasan Matu

    0
    MATU, 23 JANUARI 2021 (SNN) : Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah (JKMD) Matu dalam usaha menghulurkan bantuan kepada kira-kira 16,000 ribu mangsa banjir yang terjejas...