Kampung Ajibah Abol Catat 37 Kes Denggi

0
53
Demam denggi disebabkan oleh virus denggi yang dibawa melalui gigitan nyamuk aedes (gambar hiasan )

Kuching, 15 Jun 2019 (SNN)- Kampung Ajibah Abol mencatatkan 37 kes denggi dan dikategorikan sebagai tidak terkawal. Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Jamilah mengesahkan ia berlaku bermula pada 13 Mei lalu dan sehingga 1 Jun, terdapat 37 kes deman denggi telah dilaporkan berlaku di Kampung Ajibah Abol. Ini menjadikan Bahagian Kuching dilaporkan mencatatkan kes tertinggi iaitu 264 dan diikuti oleh Miri (98 kes), Betong (95 kes), dan Sibu (73 kes).

Dr. Jamilah Hashim  dalam satu kenyataan juga berkata, sebanyak 762 kes demam denggi direkodkan di Sarawak dari Januari hingga 10 Jun  lalu berbanding hanya 219 kes tempoh sama tahun lalu, dengan Serian (46 kes), Kapit (44 kes), Samarahan (40 kes), Sarikei (38 kes), Bintulu (24 kes), Limbang (18 kes), Sri Aman (16 kes) dan Mukah (enam kes).

“Walaupun cuaca panas dan hujan memainkan peranan dalam peningkatan kes ini, didapati kawasan yang tidak dipedulikan oleh orang awam seperti tanah terbiar atau lot kosong, tempat pembuangan sampah serta rumah tidak berpenghuni turut menyumbang kepada pembiakan nyamuk aedes.  

“Justeru, JKN Sarawak ingin mengingatkan masyarakat, usaha menangani penyakit demam denggi ini merupakan tanggungjawab bersama. Ia memerlukan penglibatan serta kerjasama pelbagai agensi terutama masyarakat sendiri,” katanya.

Beliau menambah, individu atau pemilik premis perlu memastikan kawasan persekitaran di dalam dan luar rumah mereka sentiasa bersih dan bebas daripada pembiakan nyamuk Aedes.  

Oleh demikian katanya bagi mencegah penyakit demam denggi, masyarakat dinasihati mengambil beberapa langkah antaranya, memberi kerjasama sepenuhnya semasa aktiviti penyemburan kabus dilaksanakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Selain itu katanya, masyarakat perlu memusnahkan tempat-tempat yang boleh menakung air dan berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes setiap minggu.

 “Sekiranya mengalami demam, orang ramai dinasihatkan segera mendapatkan pemeriksaan dan rawatan di klinik kesihatan berhampiran. Sebarang kelewatan bertindak boleh membawa maut,” katanya.

Dr Jamilah juga menasihati orang ramai sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan demam denggi mengikut panduan disyorkan KKM dengan melayari laman sesawang di www.myhealth.gov.my atau www.infosihat.gov.my.

Dr. Jamilah Hashim, Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here