More
    Home Sarawak Kuching Kajian Penubuhan Satu Entiti untuk bekalan air di Sarawak giat dijalankan Kementerian...

    Kajian Penubuhan Satu Entiti untuk bekalan air di Sarawak giat dijalankan Kementerian MUT

    KUCHING, 16 MAC 2023 (SNN): Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak sedang giat menjalankan kajian untuk menubuhkan satu entiti dan satu badan korporat untuk sistem bekalan air di negeri ini.

    Menterinya Datuk Julaihi Narawi berkata, kajian mengenai perkara itu adalah sangat penting agar sektor bekalan air di Sarawak diurus dengan lebih efisien.

    “Ini kerana penubuhan satu entiti dan badan korporat ini merupakan satu ‘massive exercise’ yang begitu penting. Sekiranya kita bercakap tentang satu entiti dari segi pihak yang mengendalikan pengurusan dan bekalan air, ia melibatkan hampir 4,000 orang jurutera, pegawai dan kakitangan.

    “Oleh itu, kita perlu teliti, berhati-hati dan kita perlu mendapat semua maklumat daripada semua pihak supaya ia lebih kemas dan apabila kita dapat menubuhkannya kelak, tiada rungutan dan tiada masalah yang timbul.

    “Kita mahu ia satu entiti dan satu badan korporat itu sangat berdaya maju. Ini adalah langkah awal kita,”katanya ketika ditemui media selepas majlis penutupan Bengkel Penubuhan Satu Entiti dan Badan Korporat Untuk Bekalan Air Negeri pada Rabu.

    Dalam pada itu, Datuk Julaihi memberitahu, Bengkel Penubuhan Satu Entiti dan Badan Korporat Untuk Bekalan Air Sarawak itu adalah merupakan langkah awal kementeriannya untuk merealisasikan penubuhan entiti dan badan korporat tersebut.

    “Bengkel penubuhan satu entiti bekalan air dan State Water Authority (SWA) sebagai satu badan korporat di Sarawak telah dijalankan sejak tiga hari lepas.

    “Bengkel ini melibatkan 100 orang peserta yang merupakan jurutera, pegawai kanan dan semua yang terlibat dengan air seperti daripada Kementerian Utiliti Dan Telekomunikasi, daripada Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB), Lembaga Air Kuching (KWB), LAKU Management dan juga daripada kementerian-kementerian lain serta jabatan agensi-agensi lain.

    “Bengkel ini adalah dimana kita hendak mendapat input daripada semua pihak,”ujar beliau lagi.

    Selain bengkel berkenaan, beliau menambah, kementeriannya juga telah melakukan lawatan penandaarasan pada Januari lepas ke beberapa agensi iaitu Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

    Jelasnya ia bertujuan untuk mengetahui dan belajar daripada pengalamn mereka dari segi struktur organisasi, fungsi dan tanggungjawab peruntukan operasi, sumber kewangan, pengurusan aset, model perniagaan, teknologi terkini yang digunakan dan cabaran yang dihadapi sebelum, semasa dan selepas penubuhan organisasi tersebut.

    Hadir sama dalam majlis berkenaan ialah Timbalan Menteri Utiliti dan telekomunikasi (Utiliti); Datuk Liwan Lagang.-UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak mengalu-alukan tenaga mahir di seluruh Malaysia bagi membantu pacu...

    0
    KUALA LUMPUR, 18 MEI 2024: Kerajaan Sarawak mengalu-alukan tenaga mahir dari Semenanjung Malaysia untuk bekerja di pelbagai sektor baharu bagi memenuhi keperluan dalam sektor-sektor...