More
    Home Sarawak Kuching Perumahan Pintar Berinovasi di Samariang menjadi projek perumahan pertama menggunakan sistem pemeteran...

    Perumahan Pintar Berinovasi di Samariang menjadi projek perumahan pertama menggunakan sistem pemeteran tenaga bersih

    KUCHING, 14 MAC 2023 (SNN): Premis Perumahan Pintar Berinovasi di Samariang akan menjadi projek perumahan pertama di Sarawak yang menggunakan Skim Pemeteran Tenaga Bersih (Net Energy Metering-NEM).

    Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi berkata, program tersebut adalah sangat bertepatan dengan hasrat Premier Sarawak sejajar dengan hala tuju Agenda Hijau ketika dunia sedang menghadapi isu perubahan iklim dan pemanasan global.

    “Projek perumahan itu akan dilengkapi dengan pemasangan Solar Photovoltaic (solar PV) yang akan disambungkan ke Grid Elektrik Sarawak berdasarkan Garis Panduan Skim NEM yang diperkenalkan oleh kementeriannya pada 2021 dalam membantu mengurangkan bil elektrik pengguna.

    “Pelancaran skim NEM tersebut diharap akan membuka lebih banyak peluang kepada pembangunan seperti itu seterusnya meningkatkan kepakaran dalam penyelidikan berkaitan penggunaan solar di Sarawak,” katanya ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Skim Solar Net Energy Metering (NEM) Perumahan, di Kuching hari ini.

    Datuk Julaihi melihat sendiri tapak Projek Skim Slar Metering di perumahan Petra Jaya.

    Untuk rekod, pembangunan projek Perumahan Pintar di Hainton Residences di Samariang itu melibatkan 15 unit kediaman, terdiri daripada sebuah Unit Berkembar, 2 unit Semi Berkembar dan 12 unit Quadruplex yang dijadual bermula hujung tahun ini.

    Turut hadir sama Timbalan Menteri Tenaga ddan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak; Dr Hazland Abang Hipni, Pengurus Gabungan Binaan Jurutenaga Sdn Bhd; Ir Abang Hatta Abang Taha.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak mengalu-alukan tenaga mahir di seluruh Malaysia bagi membantu pacu...

    0
    KUALA LUMPUR, 18 MEI 2024: Kerajaan Sarawak mengalu-alukan tenaga mahir dari Semenanjung Malaysia untuk bekerja di pelbagai sektor baharu bagi memenuhi keperluan dalam sektor-sektor...