More
    Home Jemaah Tabligh Selamatkan Malaysia ...?

    Jemaah Tabligh Selamatkan Malaysia …?

    SUDUT PANDANGAN (SNN) – Apabila difikirkan secara tenang dan waras ada kemungkinan Jemaah Tabligh telah menyelamatkan negara kita dari dua perkara. Pertama, ancaman dari serangan wabak COVID19 yang sangat besar. Kedua, konflik politik yang boleh menyebabkan rusuhan antara kaum. Rakyat Malaysia seharusnya mengucapan terima kasih kepada Jemaah Tabligh kita. Dan bukan sebaliknya seperti mencemuh dan marah kepada mereka.

    Back

    3. 12,500 Jemaah

    Itulah hikmah Ijtimak Jord Qudama dan Ulama Malaysia di Masjid Jamek Sri Petaling, Selangor dari 28 Februari 2020 hingga 2 Mac 2020. Seramai 12,500 orang telah hadir dari seluruh dunia dan bukan 16,000 seperti dilaporkan dalam media. Bagaimanapun pihak media tidak tertarik dengan perhimpunan ini. Media sibuk dengan Langkah Sheraton, puncak peristiwa perebutan kuasa politik negara dan pertandingan bola sepak di Johor. Ketika itu belum ada sebarang dasar dan peraturan mengenai wabak COVID19 ini. Tiada siapa yang melanggar arahan atau undang-undang mengikut sebuah siaran video oleh Pengarah Urusan Murtadha Dakwah Centre.

    Malah pihak media juga berminat menyiarkan berita tentang wabak COVID19 di Wuhan, China pada ketika itu walaupun keadaan di sana telah bertambah meruncing. Wabak COVID19 yang dinamakan oleh Presiden Trump sebagai “Chinese Virus” telah mula dikesan pada akhir tahun 2019. Kematian pertama telah terjadi pada 11 Januari 2020. Musibah ini telah memaksa Wuhan dikurung, lockdown.

    Masa itu pelacong dari China masih ramai di seluruh Malaysia. Oleh yang demikian tiga orang pelancong China telah didapati membawa COVID19. Perkara ini telah dilaporkan oleh Astro Awani pada 25 Januari 2020. Mereka telah dirawat di Hospital Sungai Buloh. Apa yang menjadi persoalan adalah pihak kerajaan setakat yang diketahui tidak mengambil tindakan menjejaki kegiatan pelancong ini pada masa itu. Mungkin mereka telah menyebarkan COVID19 di merata tempat dan telah menjangkit warga Malaysia.

    Kertan skrin berita Astro Awani.
    Maklumat terkini 23 Mac 2020. Sumber KKM
    Back
    Sanifa
    Chief Editor

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Naiktaraf sistem pengairan dan saliran elak berlaku banjir- ADUN Demak Laut

    0
    KUCHING, 22 JANUARI 2021 (SNN) : Sistem pengairan dan saliran di kawasan kampung perlu dititik berat ekoran bagi mengelak berlakunya masalah banjir atau limpahan...