More
    Home Sarawak Limbang Jalan menghubung ke Kampung Bawang Obor, Limbang akan dibaikpulih demi keselamatan penduduk-ADUN...

    Jalan menghubung ke Kampung Bawang Obor, Limbang akan dibaikpulih demi keselamatan penduduk-ADUN Batu Danau

    LIMBANG, 05 FEBRUARI 2021 (SNN) : Rentetan dari aduan dan rungutan penduduk kampung mengenai kerosakan jalan yang menghubungkan Kampung Bawang Obor ke Kampung Tanah Merah yang boleh mengancam keselamatan pengguna ADUN Batu Danau turun padang tinjau keadaan lokasi itu sendiri.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau, Paulus Palu Gumbang berkata, kerosakan jalan berkenaan akan dibaikpulih dengan kadar segera bagi memastikan penduduk yang menggunakan jalan terbabit dalam keadaan selamat bagi mengelak berlaku sebsrang kejadian yang tidak diingini.

    Beliau menggesa supaya kontraktor yang bertanggungjawab untuk melakukan penyelenggaraan serta menambah kualiti jalan kerana dilihat keadaan jalan yang rosak, berlubang dan licin membahayakan kenderaan yang lalu di kawasan itu.

    Beliau berkata demikian semasa melakukan lawatan ke kawasan jalan raya yang rosak di Kampung Bawang Obor bersama Penolong Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) dan kontraktor yang bertanggungjawab menyelenggara jalan pada Khamis.

    Paulus turut memberitahu supaya kontraktor memohon dana tambahan dengan mengemukakan kertas kerja dan dokumentasi yang berkaitan kebapa pihak JKR agar proses baikpulih dan naiktaraf jalan dapat ditingkatkan kualitinya.-Sumber UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Projek pintu air atasi masalah banjir di Kampung Lingga

    0
    LINGGA, 09 MAC 2021 (SNN) : Projek Pembinaan Pintu Air di kawasan Kampung Lingga yang sering mengalami masalah banjir setiap kali hujan dan fenomena...