More
    Home Lain-lain Empat kes kematian baharu covid-19 di Sibu hari ini

    Empat kes kematian baharu covid-19 di Sibu hari ini

    KUCHING, 05 FEBRUARI 2021 (SNN) : Hari ini Sarawak mencatat empat kes kematian baharu melibatkan jangkitan covid-19 di Daerah Sibu menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 48 kes.

    Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam satu kenyataan media memberitahu, empat kes kematian hari ini melibatkan kesemua pesakit lelaki warganegara tempatan yang berusia dalam lingkungan 60 hingga 95 tahun yang sedang menerima rawatan di Hospital Sibu dan hampir semua dari mangsa mempunyai sejarah penyakit kronik yang menyebabkan kesihatan mereka makin merosot.

    Manakala kes positif hari ini pula mencatatkan sedikit penurunan berbanding semalam iaitu sebanyak 178 kes melibatkan 67 kes di Sibu, 24 Bintulu, 23 Dalat, 21 Kanowit, 10 Kapit, 6 Miri, 6 Song, 5 Samarahan, 3 Kuching, 3 Matu, 2 Selangau, 2 Sebauh, 2 Beluru, manakala Sarikei, Bau, Subis, Julau dan Lawas masing-masing satu kes.

    Setakat hari ini keseluruhan kes jangkitan wabak Covid-19 di Sarawak telah meningkat kepada 5,272 kes dengan pengisytiharan dua kluster baharu iaitu Kluster Sebangkoi, Sri Aman (21) kes positif dan Kluster Jun Heng, Bintulu (19) kes positif.

    Kenyataan media JPBN (laporan penuh boleh rujuk laman rasmi Facebook Sarawak DIsaster Information).

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan negeri terus komited membangun dan menyediakan keperluan sekolah di Bahagian...

    0
    LIMBANG, 27 FEBRUARI 2021 (SNN) : Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus komited membangunkan dan memberi kemudahan ke atas...