Inisiatif Kerajaan Sarawak Memperkenalkan PPRMS Ternyata Membantu Rakyat

0
13
Dr Hazland ketika melakukan lawatan ke rumah Missiah Binti Bakeri yang terlibat dalam Projek Program Penambahbaikan Rumah Miskin Sarawak (PPRMS) di Kampung Tg Bako, semalam

KUCHING, 07 Julai 2019 (SNN) –Inisiatif Kerajaan Sarawak memperkenalkan Projek Program Penambahbaikan Rumah Miskin Sarawak (PPRMS) ternyata benar-benar membantu rakyat terutamanya dalam baik pulih rumah yang uzur dan memerlukan perhatian sewajarnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni berkata keprihatinan Kerajaan Sarawak dengan menyalurkan peruntukan bagi membaikpulih rumah rakyat yang uzur dan memerlukan perhatian sangat dialu-alukan.

“Tidak semua di kalangan kita yang berkemampuan dan menyebabkan ada di kalangan rakyat yang kediamannya uzur serta memerlukan perhatian.

“Atas keperluan itu, Kerajaan Sarawak telah memperkenalkan PPRMS di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan peruntukan sebanyak RM1 juta bagi tujuan tersebut.

“Inilah tanggungjawab Kerajaan Sarawak di bawah Datuk Patinggi (Dr.) Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Openg yang melihat jauh akan keperluan rakyat Sarawak di samping mencari jalan untuk menambah pendapatan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui selepas mengadakan lawatan ke dua buah rumah yang terlibat dalam PPRMS di Kampung Tg Bako, semalam.

Tambah Dr Hazland lagi, kini penerima bantuan PPRMS kini telah menjalani kehidupan yang lebih baik, selamat dan selesa.

“Kita mahukan rakyat hidup dalam keadaan selesa dan selamat. Inisiatif ini dilihat yang terbaik dilakukan Kerajaan Sarawak dalam memastikan setiap rakyat menjalani kehidupan yang lebih baik.

“Malah, bantuan ini telah banyak membantu penduduk yang kurang berkemampuan dalam memiliki rumah yang sempurna,” tambahnya.

Dr Hazland turut meninjau sendiri keadaan dari dalam rumah salah seorang peserta Projek Program Penambahbaikan Rumah Miskin Sarawak (PPRMS)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here