Ingkar PKP di Sarawak , 93 Orang Lagi Ditangkap

0
493
Dev Kumar turut turun padang melakukan pemantauan dan tinjauan

Kuching, 21 April 2020 (SNN) – Polis menangkap 93 lagi orang yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam tempoh 24 jam, sekali gus menjadikan jumlah tangkapan di Sarawak 1,328 orang sejak 18 Mac, kata Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato’ Dev Kumar A/L M.M Sree.

Menurutnya, bagi tempoh 8 pagi Isnin hingga 8 pagi hari ini, di Sibu polis menangkap 33 orang; Kuching (25); Simunjan (6); Miri (5); Padawan, Saratok dan Belaga masing-masing empat orang; Kota Samarahan, Limbang dan Marudi masing-masing tiga orang; dan Bau, Kapit dan Betong masing-masing seorang.Jumlah yang didakwa di mahkamah bagi tempoh sama ialah 75 orang.

Di Sibu 17 orang: Kuching (16); Padawan (8); Lubok Antu dan Sri Aman masing-masing enam orang; Miri (5); Song (4); Betong, Saratok dan Tatau masing-masing tiga orang; Bintulu (2); dan Julau dan Limbang masing-masing seorang.

“Polis menguatkuasakan PKP demi memutuskan rantaian COVID-19. Justeru, orang-ramai mesti memberi kerjasama dengan mematuhi PKP,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini. Manakala jumlah yang didakwa di mahkamah di seluruh Sarawak sejak PKP dilaksanakan ialah 668 orang.

Dalam perkembangan sama, Dev Kumar turut turun padang melakukan pemantauan dan tinjauan bagi melihat sendiri volume kenderaan harian di lokasi SJR yang diadakan di Daerah Kuching serta mengenalpasti punca kesesakkan kenderaan yang kerap kali didakwa oleh masyarakat dan netizen di media sosial. Beliau melakukan tinjauan ke Sekatan Jalanraya sempena Op Covid-19 Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 3 pada hari ketiga di Jalan Tun Razak Simpang 3.

Namun begitu dalam tinjauan yang diadakan beliau mendapati kesemua pengguna jalan raya mempunyai surat dan kebenaran khas bergerak sepertimana dikehendaki kerajaan. Beliau hadir melakukan tinjauan sambil ditemani oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching, Supt. Merbin Anak Lisa.

Dev Kumar  melakukan tinjauan ke Sekatan Jalanraya sempena Op Covid-19 Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 3 pada hari ketiga di Jalan Tun Razak Simpang 3.
 

Sumber : Polis Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here