99 Peratus Keluarga Di DUN Demak Laut Telah Menerima Bantuan Makanan Sarawakku Sayang

0
240
5,873 keluarga telah menerima Bantuan Makanan Sarawakku Sayang di kawasan DUN Demak Laut.

KUCHING, 18 April 2020 (SNN) : Berbekalkan semangat kerjasama penduduk di setiap kampung dan taman perumahan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut, urusan pengagihan Bantuan Makanan Sarawakku Sayang berjalan lancar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni berkata sehingga hari ini, 99 peratus keluarga di kawasan Demak Laut telah menerima bantuan makanan sumbangan Kerajaan Sarawak.

“Sehingga hari ini, sudah 99 peratus atau 5,873 keluarga telah menerima Bantuan Makanan Sarawakku Sayang di kawasan DUN Demak Laut.

“Ini suatu pencapaian yang hebat buat penduduk di kawasan DUN Demak Laut khususnya Pusat Khidmat N5 Demak Laut, PBB Cawangan N5 Demak Laut, PBB Ranting, Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

“Tidak semua kawasan DUN Demak Laut menggunakan jalan darat kerana masih ada pengagihan bantuan makanan ini dihantar menggunaka perahu dan motosikal seperti di Kampung Semilang, Kampung Beradek dan Kampung Tiang Api,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas agihan Bantuan Makanan Sarawakku Sayang di DUN Demak Laut pada Sabtu.

Pada 7 dan 9 April lepas, seramai 559 keluarga di Kampung Tabuan Dani telah menerima Bantuan Makanan Sarawakku Sayang.

Mengulas mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa Ketiga, Dr Hazland yang juga Penyelaras Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pesisir Kuching, Samarahan dan Lundu meminta masyarakat mematuhi arahan PKP demi kebaikan bersama.

“Setiap hari kita mendengar dan menyaksikan tangkapan dilakukan akibat melanggar PKP dan ini suatu yang sangat menyedihkan.

“Sehingga hari ini, di Sarawak seramai 1,011 orang telah ditangkap dan 593 orang telah dituduh di mahkamah sejak PKP dilaksanakan pada 18 Mac lepas.

“PKP ini diadakan bertujuan untuk memutuskan rantaian penularan wabak pandemik COVID-19 dan atas sebab itu masyarakat diwajibkan duduk di rumah,” ujarnya.

PKP bukan sahaja dilaksanakan di Malaysia malah seluruh dunia melaksanakannya bagi memastikan pandemik COVID-19 ini dapat diputuskan dan keadaan kembali seperti biasa.

Antara bantuan makanan yang diagihkan

Sumber-Buletin Demak Laut

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here