More
    Home Sarawak Samarahan UNIMAS 201 Terbaik di Dunia dalam Sustainable Development Goals: The Higher Education...

    UNIMAS 201 Terbaik di Dunia dalam Sustainable Development Goals: The Higher Education (THE) Impact Ranking

    KOTA SAMARAHAN, 23 April 2020 (SNN): Sekali lagi Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah menempa nama di The Higher Education (THE) Impact Ranking dengan kedudukan 201 di dunia. Pada tahun ini, UNIMAS telah menyertai kesemua 17 Sustainable Development Goals (SDG) yang disenaraikan berbanding dengan 11 SDG pada tahun sebelumnya. UNIMAS berjaya mengekalkan kedudukan di dalam 201 terbaik dunia,  walaupun dengan pertambahan penyertaan institusi pendidikan tinggi dunia dalam penarafan kali ini.

    THE Impact Ranking merupakan satu-satunya penarafan prestasi global yang menilai Universiti melalui United Nation SDG. Penarafan ini, mempunyai beberapa kriteria yang dikalibrasi dengan teliti dalam tiga (3) bidang teras utama iaitu Penyelidikan (research), Jangkauan (outreach), dan Pengurusan (stewardship).

    Kedudukan UNIMAS telah meningkat pada SDG5 Gender Equality iaitu di kedudukan 59 di dunia, SDG12 Responsible Consumption and Production di kedudukan 101+ di dunia dan SDG13 Climate Action di kedudukan 47 di dunia.

    Peningkatan ini berlaku berikutan daripada usaha UNIMAS dalam menambah baik beberapa perkara selaras dengan pelaksanaan Dasar Kesamarataan di dalam universiti, komitmen UNIMAS di dalam pengurangan penggunaan karbon dalam kampus, dan penerbitan laporan kelestarian untuk aktiviti komuniti di UNIMAS dari semasa ke semasa.

    Selain itu, dalam usaha mempertingkatkan lagi pencapaian universiti, UNIMAS  sentiasa melakukan  penambahbaikan berterusan terhadap aspek di dalam kawalan Universiti seperti penyelidikan terutamanya melibatkan kesihatan dan pendidikan. UNIMAS juga akan memberi tumpuan kepada aktiviti paten, pendapatan penyelidikan daripada industri, meningkatkan pengambilan pelajar dan staf kelainan upaya (OKU), memantapkan aktiviti kitar semula (sisa buangan, air dan elektrik) dan memperkasakan pendidikan SDG kepada semua warga UNIMAS termasuk dalam kalangan pelajar.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Komplek Wisma Melayu Sarawak milik AKYBMS kini capai kemajuan 30 peratus...

    0
    KUCHING, 29 MAC 2024 (SNN): Peratusan Projek Pembinaan Wisma Melayu milik Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) di Jalan Dilpomatik, Petra Jaya kini...