Hubungan Brunei dan Sarawak berlandaskan sejarah dan keluarga

0
1218
Awang Tengah dan Pengiran Kartini memotng kek ulang tahun sambil disaksikan oleh tetamu kenamaan

KUCHING, 23 Feb 2019 (SNN) – Hubungan antara Negara Brunei Darussalam dan Sarawak, Malaysia bukan sekadar bersifat diplomatik tetapi juga berteraskan sejarah dan kekeluargaan.  Pandangan tersebut telah dizahirkan oleh kedua belah pihak di Majlis Resepsi Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-35 di sebuah hotel di ibu negeri Sarawak, Kuching.

Tetamu kehormat majlis tersebut adalah YAB Ketua Menteri yang diwakili oleh YB Datuk Amar Hj. Awang Tengah, Timbalan Ketua Menteri Sarawak merangkap Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli II, Menteri Pembangunan Perindustrian dan Usahawan dan Pengerusi Northern Development Authority.  Kedatangan beliau telah disambut oleh tuan rumah, Pengiran Kartini Pengiran Tahir, Konsul Agung Negara Brunei Darussalam ke Sarawak dan suami, Tuan Haji Kamsani Nordin serta kakitangan konsul sendiri.  Konsul Republik Indonesia dan Konsul China juga turut hadir.

Awang Tengah menandatangi buku tetamu kehormat sambil disaksikan oleh Pengiran Kartini.

Awang Tengah dalam ucapannya beliau berkata hubungan antara Negara Brunei Darussalam dengan Sarawak bukan sekadar hubungan diplomatik bilateral tetapi juga hubungan sejarah dan kekeluargaan yang mendalam. Sebagai anak Daerah Lawas yang bersempadan dengan Negara Brunei Darussalam beliau sangat maklum tentang hal ini.  Bagaimanapun pada masa ini hubungan ini telah dimakmurkan dengan perhubungan perdagangan yang semakin pesat.

Joint Border Development Cooperation

Beliau juga mengatakan beliau telah dilantik oleh Kerajaan Negeri Sarawak sebagai pengerusi bersama Joint Border Development Cooperation. Antara usaha awal adalah menghidupkan semula penerbangan Royal Brunei Airlines dari Bandar Seri Begawan ke Kuching semenjak awal tahun 2019 ini.

Pengiran Hajah Kartini dalam ucapan alu-alun beliau mengatakan bahawa beliau akan terus meningkatkan perhubungan yang unik antara Negara Brunei Darussalam dengan Sarawak, Malaysia.  Beliau berharap selain perhubungan sejarah dan kekeluargaan beliau berharap hubungan perdagangan akan dapat dimajukan ke tahap yang lebih tinggi.

Majlis tersebut telah diserikan dengan kehadiran hampir 200 orang tetamu dari kalangan pemimpin, ahli perniagaan dan persatuan tempatan. Tidak ketinggalan juga adalah mereka yang berasal dari Daerah Limbang dan Lawas yang merupakan jiran terdekat Negara Brunei Darussalam.

Salah seorang tetamu malam ini adalah Datu Hj. Zaidi Khaldin, mantan pegawai kanan Kerajaan Negeri Sarawak mengatakan bahawa beliau mempunyai ramai saudara-mara di Bandar Seri Begawan walaupun beliau berasal dari Bandaraya Kuching.

Sebahagian tetamu kenamaan (dari kiri) Datuk Dr. Wahbi Junaidi dan isteri, Tan Sri Safri Awang Zaidel dan Puan Sri dan Tan Sri Jamil Johari dan Puan Sri.

Sambutan malam tadi turut mengadakan pameran perdagangan usahawan Brunei.  Sebilangan besar daripada mereka mempamerkan produk kain songket yang sangat terkenal di Sarawak.  Tarian asli Brunei juga turut dipersembahkan untuk hiburan para tetamu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here