Jambatan Bako bakal rancakkan kegiatan ekonomi penduduk

0
976
Kedatangan Ketua Menteri Sarawak disambut meriah oleh penduduk Kampung Bako

Kuching, 24 Februari 2019 (SNN)– Akhirnya penantian penduduk Kampung Bako berakhir dengan kegembiraan apabila Jambatan Bako dirasmikan pembukaannya pada hari ini oleh Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg, Ketua Menteri Sarawak, di Perkarangan Tapak Projek, Jambatan Bako, Kuching.

Majlis turut dihadiri oleh Yang Berhormat Datuk Haji Julaihi Bin Haji Narawi, Menteri Muda ( Jalan Pesisir ), Yang Berhormat Dr. Hazland Bin Haji Abang Hipni, ADUN N5 Demak Laut, Datu Haji Safri bin Haji Zainuddin, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan (MIDT), Datu Haji Zuraimi bin Haji Sabki, Pengarah Kerja Raya Sarawak, serta beberapa kenamaan dan tetamu jemputan yang lain. Majlis juga dimeriahkan dengan kedatangan penduduk Kampung Bako yang turut sama memenuhi ruang di perkarangan tapak projek tersebut.

Dengan terbinanya Jambatan Bako dan jalan akses ke Kampung Bako ini, penduduk Kampung Bako telah dihubungkan dengan rangkaian jalan sedia ada dan kini boleh menikmati faedah-faedah hasil perhubungan jalan raya ke kawasan penempatan mereka. Malahan dengan adanya perhubungan jalan yang baik, lebih banyak tanah-tanah yang boleh dibuka untuk projek-projek perladangan, perumahan, pelancongan dan pembangunan yang lain. Selain itu, hasil-hasil pertanian dan perikanan turut mempunyai akses kepada pasaran yang lebih luas. Menerusi impak-impak ini, ekonomi tempatan di sekitar Bako boleh ditingkatkan dengan peningkatan hasil jualan dan juga peningkatan peluang pekerjaan penduduk tempatan.

Dr. Hazlan, wakil rakyat Bako meyampaikan ucapan sambil diperhatikan oleh YAB Datuk Patinggi Abang Johari dan jemputan kenamaan.

Sejarah Pembinaan Jambatan Sungai Bako

Dari sudut sejarah, Kampung Bako yang mula didiami pada sekitar 1853-1854, dan perkampungan ini adalah salah satu penempatan yang paling lama di Sarawak.

Sungguhpun  begitu, walaupun saiz dan kegiatan ekonomi penempatan di Kampung Bako ini telah berkembang, namun penduduk Kampung Bako masih tidak menikmati perhubungan jalan raya dan perlu bergantung kepada perkhidmatan bot untuk menyeberangi Sungai Bako untuk menjalankan aktiviti-aktiviti harian seperti berulang-alik ke tempat kerja atau membawa hasil-hasil pertanian dan perikanan.

Pembinaan projek jambatan Sungai Bako ini bermula pada 3Mac 2016 dan telah diperakukan siap pada 31Januari 2019. Pembinaan Jambatan Bako dan jalan akses ke Kampung Bako ini adalah projek yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Sarawak.

Skop projek jambatan Sungai Bako ini melibatkan pembinaan sebuah jambatan konkrit  2 lorong 2 hala sepanjang  280m merentasi Sungai Bako. Termasuk dalam skop projek ini adalah pembinaan jalan 2 lorong 2 hala sepanjang 3.5 km yang menghubungkan Kampung Bako dengan jalan Kampung Bako yang sedia ada dan juga kerja-kerja berkaitan seperti perparitan, perabot jalan dan kerja-kerja pemasangan utiliti.

Abang Johari dalam ucapannya turut mengumumkan pembinaan kemudahan jalan raya yang akan dibina di Kampung Bako ( seberang sungai ), kerana menurut beliau jalan yang boleh dilalui kereta penting selepas jambatan ini boleh digunakan sepenuhnya. Dalam masa yang sama Abang Johari turut mengumumkan berkenaan projek Jambatan Buntal yang akan menghubungkan Bako ke Buntal. Projek ini bakal memberi kemudahan jalan raya sepanjang 8.5 kilometer dari Bako ke Buntal yang mana akan memberikan impak positif kepada penduduk kedua-dua kawasan khasnya, dan penduduk Sarawak keseluruhannya. Sumbangan Adibasuf

 

 

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here