More
    Home Hampir 23.6 tan sampah dikutip sepanjang pasca banjir di Kuching

    Hampir 23.6 tan sampah dikutip sepanjang pasca banjir di Kuching

    KUCHING, 26 JANUARI 2021 (SNN) : Hampir 23.6 tan sampah yang telah dikutip berikutan fenomena air pasang besar dan banjir sudah mulai surut sejak beberapa hari yang lalu di beberapa buah kawasan kampung sekitar Bandaraya Kuching.

    Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dengan kerjasama Trienekens Sarawak Sdn Bhd sepanjang melakukan kerja-kerja pembersihan pasca banjir baru-baru ini memberitahu pihaknya mengumpul sebanyak 23,620 kilogram sampah membabitkan 13 unit tong sampah senjis ‘Roll on Roll Off’.

    Kerja-kerja pembersihan yang mula sejak 16 Januari lalu sehingga kini masih diteruskan dengan kerjasama daripada penduduk kampung sendiri bagi mempercepat proses pembersihan sampah yang dibawa oleh banjir.

    kerja-kerja pembersihan yang masih dijalankan di beberapa kampung sekitar Kuching

    Antara kampung yang terlibat dalam proses pembersihan itu adalah seluruh Kampung Bintawa (Hilir, Hulu, Tengah); Kampung Pulo (Ulu, Hilir); Kampung Panglima Seman, Kampung Semarang, Kampung Tunku, Kampung Tupong Tengah, Kampung Gita, Kampung Tupong Batu, Kampung Sinjan, Kampung Sg Bedil, Kampung Lintang, Kampung Patinggan dan Kampung Kudei.-SUMBER Ukas.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan negeri terus komited membangun dan menyediakan keperluan sekolah di Bahagian...

    0
    LIMBANG, 27 FEBRUARI 2021 (SNN) : Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus komited membangunkan dan memberi kemudahan ke atas...