More
    Home Sarawak Limbang Kerajaan negeri lulus peruntukan RM400K naik taraf surau Kampung Belipat, Lawas

    Kerajaan negeri lulus peruntukan RM400K naik taraf surau Kampung Belipat, Lawas

    LAWAS, 26 JANUARI 2021 (SNN) : Kerajaan negeri Sarawak telah meluluskan peruntukan sebanyak RM400,000 bagi kerja-kerja baikpulih dan naiktaraf surau bagi Kampung Bekilat, Lawas.

    Menurut Timbalan Ketua Menteri Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Sari, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, selain projek naiktaraf surau turut diluluskan bersama adalah pembinaan dewan baharu untuk kegunaan aktiviti masyarakat sebanyak RM250,000 dan RM100,000 bagi projek mendalamkan permukaan sungai di kampung berkenaan.

    “Kita turut meluluskan dana bagi membangunkan sebuah bengkel pembuatan parang kerana kawasan ini terkenal dengan pembuatan hasil parang yang boleh dikormesialkan.

    “Namun kita masih lagi mencari tapak yang sesuai untuk membina sehuah bengkel berkenaan, begitu juga dengan surau baru yang mana kita masih lagi mencari lokasi tapak yang sesuai,” katanya ketika berucap ringkas semasa Program Ceria Kampungku di Kampung Belipat pada Sabtu.

    Tambah beliau, pembinaan jalan bersimen akan dilaksanakan secara berperingkat dan bagi kawasan kampung yang tercicir dalam senarai naiktaraf jalan perlu memohon semula.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Projek pintu air atasi masalah banjir di Kampung Lingga

    0
    LINGGA, 09 MAC 2021 (SNN) : Projek Pembinaan Pintu Air di kawasan Kampung Lingga yang sering mengalami masalah banjir setiap kali hujan dan fenomena...