More
    Home Sarawak Limbang Kerajaan Sarawak akan terus pastikan rakyat memiliki rumah selesa melalui PPRMS

    Kerajaan Sarawak akan terus pastikan rakyat memiliki rumah selesa melalui PPRMS

    LAWAS, 24 JANUARI 2021 (SNN) : Projek Penambahbaikan Rumah Rakyat Miskin Sarawak (PPRMS) yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri sejak dulu akan terus dilaksanakan dalam memastikan setiap rakyat di negeri ini mempunyai kediaman yang selesa dan selamat didiami.

    Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Sari sahaja sebanyak 199 buah rumah telah dibaikpulih di bawah proram ini dengan anggaran jumlah peruntukan sebanyak RM2 juta.

    “Kita akan menyenaraikan rumah-rumah yang benar-benar memerlukan untuk diperbaiki bagi melaksanakan program ini melalui agensi pelaksana yang diamanahkan serta kerjasama dengan Pejabat Daerah Lawas.

    “Dan yang paling penting kita mahu ketua masyarakat di setiap kampung dapat menyalurkan maklumat pemilik rumah yang memerlukan untuk dibaikpulih agar dapat diberikan keutamaan dalam melaksanakan program ini,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan ‘Walkabout’ program PPRMS dan Projek Jalan Kampung Sungai Bangat pada Sabtu.

    Beliau hang juga ADUN Bukit Sari memberitahu, pada tahun ini sebanyak 58 buah rumah yang akan dibaikpulih bagi kawasan DUN Bukit Sari.

    Ujarnya, program yang di biayai sepenuhnya oleh kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu pada setiap tahun memperuntukan sebanyak RM1 juta bagi melaksanakan setiap projek dan dinilai mengikut keperluan.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan negeri terus komited membangun dan menyediakan keperluan sekolah di Bahagian...

    0
    LIMBANG, 27 FEBRUARI 2021 (SNN) : Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus komited membangunkan dan memberi kemudahan ke atas...