Breaking News … Dua orang wanita tersepit dalam nahas jalan raya

0
583

SERIAN, 23 JUN 2020 – Dua orang wanita tersepit dalam satu kemalangan di Jalan Serian-Sri Aman pagi Isnin. Sumber daripada WhatsApp menyatakan sebuah kereta Myvi yang dipandu oleh wanita tersebut telah merempuh sebuah lori. Mangsa kemalangan telah mengalami patah kaki.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 5.57 pagi sebelum mengerahkan sepasukan daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian bergerak ke lokasi.  Jelasnya, setibanya di lokasi mendapati  kedua-dua mangsa masing-masing masih dalam keadaan tersepit di dalam kenderaan akibat kejadian. Difahamkan, punca kejadian berlaku setelah kenderaan Myvi terbabit gagal mengelak kenderaan jenis lori yang berada di hadapan menyebabkan pelanggaran berlaku.

NAHAS. Orang ramai tampil di lokasi melihat kejadian

“Operasi menyelamat dan mangsa mengeluarkan mangsa berjaya dilakukan. Pemeriksaan mendapati salah seorang mangsa iaitu pemandu Myvi mengalami patah pergelangan kaki kanan akibat kejadian,” jelasnya.

BANTU… Pasukan bomba menjalankan aktiviti menyelamat mangsa yang tersepit

Tambah kenyataan itu, kedua-dua mangsa seterusnya segera dibawa ke Klinik Kesihatan Balai Ringin dan Hospital Serian oleh pegawai petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan rawatan segera.  Difahamkan, pemandu lori, seorang lelaki warga tempatan, 35, disahkan tidak mengalami sebarang kecederaan akibat kejadian. Laporan tambahan daripada SNN Nizal.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here