More
    Home Sarawak Sarikei Fahami makna sejarah Pembentukan Malaysia pupuk semangat cinta negara

    Fahami makna sejarah Pembentukan Malaysia pupuk semangat cinta negara

    BINTANGOR, 20 OGOS 2020 (SNN): Semua lapisan masyarakat di negara ini khususnya anak Sarawak harus mempelajari dan memahami sejarah pembentukan negara Malaysia seiring dengan usaha bagi memupuk semangat cintakan tanah air dalam kalangan masyarakat tanpa mengira usia.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong Datuk Ding Kuong Hiing berkata, suasana kemeriahan sambutan hari kemerdekaan dapat dirasai oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang agama dan bangsa menerusi anjuran program Info The Wheel (IOW) oleh Jabatan Penerangan Daerah Meradong.

    “Objektif program ini dilaksanakan adalah untuk menyuntik semangat cinta akan negara pada setiap masa bukannya hanya ditunjukkan semasa setiap kali sambutan Hari Kemerdekaan sahaja,” katanya semasa hadir di majlis di sini, pada Rabu.

    ADUN Meradong hadir sama meraikan program IOW di Kampung Melayu, Darul Falah Sg Gemuan, Bintangor

    Datuk Ding menggesa masyarakat khususnya di Daerah Meradong untuk memahami makna kemerdekaan serta mendalami erti pengorbanan pejuang terdahulu dalam usaha membebaskan negara ini dari penjajah.- Sumber Ukas. Nizal.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    0
    KOTA SAMARAHAN, 15 JANUARI 2021 (SNN) : Prihatin terhadap nasib yang menimpa mangsa banjir yang dipindahkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Suarah, Samarahan...