More
    Home Struktur semula dan naik taraf fungsi Mahkamah Bumiputera Sarawak untuk kepentingan masyarakat...

    Struktur semula dan naik taraf fungsi Mahkamah Bumiputera Sarawak untuk kepentingan masyarakat bumiputera Sarawak

    KUCHING, 19 OGOS 2020 (SNN) : Kerajaan negeri Sarawak sedang giat untuk menstruktur semula dan menaik taraf fungsi Mahkamah Bumiputera Sarawak agar dapat memberi manfaat yang lebih menyeluruh kepada masyarakat bumiputera di negeri ini.

    Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Jaul Samion berkata, kajian yang sedang dijalankan selama sembilan bulan itu adalah untuk mengkaji penstrukturan semula serta naik taraf Mahkamah Bumiputera Sarawak dalam menjadikan ia sebagai satu badan berautonomi dan bebas.

    “Kita turut memfokuskan kerjasama dengan agensi-agensi bukan kerajaan (NGO) bagi memberi peluang untuk memberi pandangan atau input dalam kajian yang sedang dijalankan bagi menstruktur semula institusi mahkamah ini,” katanya ketika dalam ucaptama Program Study on the Restructuring and Elevation of The Native Courts of Sarawak-Consultants Stakeholder Engagement Session with Non-Governmental Organisation (NGOs) di Ballroom Imperial Hotel, Kuching, hari ini.

    Dalam pada itu, sebanyak 17 persatuan yang mewakili kaum di Sarawak hadir dalam majlis seperti Badan Hak Adat Bumiputera Melayu Sarawak (BAHAM), Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak, Ikatan Graduan Melayu Sarawak (IGMS), Selaku Induk Dayak Sarawak (SIDS), PEMBARIS, Persatuan Lun Bawang, Persatuan Kebangsaan Kenyah, Sarawak Women for Women Society, Persatuan Bisaya dan sebagainya.

    Wakil Ikatan Graduan Melayu Sarawak, YB Dr. Hj. Sanib b. Hj. Said Pengurus Besar Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak.

    Dalam pada itu, Datuk Amar Jaul Samion menambah institusi mahkamah ini adalah untuk semua kaum yang ada di Sarawak dan segala urusan berkaitan adat atau hak asal adalah di bawah kuasa bidang Mahkamah Bumiputera Sarawak.

    Turut hadir sama dalam program itu Datuk Michael Dawi Alli, Ketua Pendaftar Mahkamah Bumiputera Sarawak, Yang Arif Datuk Thomas Akin Jelimin, Presiden Mahkamah Rayuan Mahkamah Bumiputera Sarawak, tetamu VIP dan tetamu jemputan.-Nizal.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang siap Julai ini-Julaihi

    0
    KUCHING, 28 MAC 2024 (SNN): Kerja-kerja fizikal menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang yang bermula sejak 1 Mac 2021 lalu dijangka siap sepenuhnya...