More
    Home Sarawak Samarahan Awla Deris serah bantuan kepada mangsa banjir di Simunjan yang disumbang dari...

    Awla Deris serah bantuan kepada mangsa banjir di Simunjan yang disumbang dari YADIM

    SIMUNJAN, 06 FEBRUARI 2021 (SNN) : Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) berkesempatan menghulurkan bantuan barangan keperluan asas kepada mangsa yang terjejas akibat banjir di sekitar Simunjan pada Jumaat.

    Sumbangan disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Awla Deris yang turut hadir melawat mangsa-mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Mesra Simunjan itu menyaksikan seramai 35 buah keluarga menerima bantuan berkenaan.

    Untuk rekod, kesemua 94 mangsa banjir terdiri daripada 35 buah keluarga telah dipindahkan ke PPS sejak Khamis lalu yang terdiri daripada Kampung Simunjan Jaya, Kampung Sabun, Kampung Kelka, Kampung Hijrah dan Kampung Nanas.

    Turut hadir sama menyerahkan sumbangan kepada mangsa banjir adalah Pengarah YADIM Negeri Sarawak, Awang Dulhadi Awang Mat.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang siap Julai ini-Julaihi

    0
    KUCHING, 28 MAC 2024 (SNN): Kerja-kerja fizikal menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang yang bermula sejak 1 Mac 2021 lalu dijangka siap sepenuhnya...