More
    Home Sarawak Betong Elak jalan berlubang suami isteri maut dirempuh hilux

    Elak jalan berlubang suami isteri maut dirempuh hilux

    MALUDAM, 27 OGOS 2020 (SNN) : Angkara ingin mengelak jalan berlubang suami isteri maut selepas motosikal ditunggang dirempuh sebuah Hilux di Jalan Spinang-Beladin petang semalam.

    Kejadian berkenaan dikatakan berlaku sekitar jam 2 petang yang berpunca daripada motosikal yang dibonceng pasangan suami isteri itu cuba mengelak lubang-lubang besar di atas jalan raya sebelum di rempuh Hilux dari arah bertentangan.

    Ketua Polis Daerah Betong, DSP Zamry Alli berkata, pemandu Hilux terbabit sedang bergerak dari arah simpang feri Beladin menuju ke Maludam.

    Sementara itu, motosikal jenis Honda EX5 yang dinaiki mangsa berada di laluan bertentangan lalu menyebabkan pertembungan berlaku.

    “Penunggang berusia 68 tahun serta pembonceng 48 tahun telah disahkan maut di tempat kejadian manakala pemandu terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan.

    Keadaan Hilux selepas berlaku pertembungan dengan motosikal mangsa

    Jelas beliau lagi, kes ytersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-Nizal.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak akan terus pastikan rakyat memiliki rumah selesa melalui PPRMS

    0
    LAWAS, 24 JANUARI 2021 (SNN) : Projek Penambahbaikan Rumah Rakyat Miskin Sarawak (PPRMS) yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri sejak dulu akan terus dilaksanakan dalam...