More
    Home Dua PPS ditutup setakat hari ini dengan jumlah mangsa menurun kepada 1,046...

    Dua PPS ditutup setakat hari ini dengan jumlah mangsa menurun kepada 1,046 di seluruh negeri

    KUCHING, 06 FEBRUARI 2021 (SNN) : Setakat jam 12.00 tengah hari ini, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah menurun kepada 1,046 berbanding 1,070 pada awal pagi tadi dengan 18 PPS masih aktif.

    Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam satu kenyataan media memberitahu, daripada jumlah PPS yang masih aktif itu Daerah Serian yang terjejas teruk dengan 11 PPS masih beroperasi sehingga hari ini dan berlaku peningkatan mangsa banjir yang dipindahkan.

    Daerah Serian mencatatkan 790 mangsa banjir ditempatkan di 11 PPS diikuti Daerah Simunjan dengan 233 mangsa dari 78 keluarga manakala dua PPS dijangka ditutup pada petang ini iaitu PPS Dewan Suarah Kota Samarahan dan PPS Dewan Sukan Tatau.

    JPBN menasihati agar masyarakat yang tinggal di kawasan rendah sentiasa berwaspada kerana keadaan cuaca masih hujan dengan pola tidak menentu yang boleh menyebabkan banjir di Sarawak sehingga kini.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang siap Julai ini-Julaihi

    0
    KUCHING, 28 MAC 2024 (SNN): Kerja-kerja fizikal menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang yang bermula sejak 1 Mac 2021 lalu dijangka siap sepenuhnya...