More
    Home Dr Hazland Sampaikan Sumbangan Kepada 4 Surau Di Kawasan Zon Bako

    Dr Hazland Sampaikan Sumbangan Kepada 4 Surau Di Kawasan Zon Bako

    Kuching, 18 April 2019 (SNN)- Sebanyak 4 buah surau di kawasan Bako menerima cek aktiviti tahunan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Surau Immadudin, Kampung Bako Lot, malam tadi.

    Sumbangan ini digunakan untuk mengimarah surau di sepanjang bulan Ramadan ini dan juga digunakan untuk aktiviti-aktiviti surau yang telah dirancang pada tahun ini.

    Antara surau-surau yang menerima sumbangan ini ialah Surau Immadudin Kampung Bako Lot, Surau Al-Falah Taman Mesra Bako, Surau Nurul Salihin Bako Hijrah dan Surau Darul Iman Kampung Sungai Bako.

    Terdahulu, Dr Hazland dalam ucapan ringkasnya mahu setiap penduduk bekerjasama dalam mengadakan aktiviti dan program surau serta menggunakan peruntukan ini dengan bijaksana dalam mencapai tujuan asal pemberiannya.

    Pada kesempatan ini juga, ADUN Demak Laut itu juga mengambil peluang untuk berdialog dengan penduduk dalam mengetahui permasalahan dan persoalan yang ingin dikongsikan bersama untuk mencari jalan penyelesaian terbaik. Hadir sama pada majlis tersebut ialah Penghulu Haji Lair Salleh, pengerusi-pengerusi surau yang menerima sumbangan daripada Dr Hazland, serta penduduk sekitar kampung Bako.

    Dr Hazland menyampaikan cek sumbangan untuk aktiviti surau kepada Kamaludin

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Notis penangguhan sementara semua aktiviti pengimarahan dan penetapan had jemaah bagi...

    0
    KUCHING, 21 JANUARI 2021 (SNN) : Berhubung dengan penularan wabak Covid-19 di negeri Sarawak yang dilihat semakin membimbangkan serta langkah-langkah pencegahan yang diambil oleh...