More
    Home Sarawak Samarahan Datuk Julaihi tinjau kawasan terjejas akibat fenomena air pasang besar

    Datuk Julaihi tinjau kawasan terjejas akibat fenomena air pasang besar

    SEBUYAU, 17 NOVEMBER 2020 (SNN) : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Julaihi Narawi meninjau di beberapa kawasan yang terjejas akibat fenomena air pasang besar di Sebuyau, semalam.

    Beliau yang turun padang sendiri melihat kawasan yang terjejas menzahirkan kerisauan terhadap penduduk kawasan tersebut kerana paras air yang masuk ke kawasan kampung mencecah bahagian lutut kaki dan berharap penduduk kampung untuk sentiasa waspada dengan keadaan air dari semasa ke semasa.

    Dalam masa yang sama, beliau turut memberitahu bahawa pihak Jawatankuasa Bencana Alam Kota Samarahan sentiasa bersiap siaga sekiranya keadaan sedemikian menjadi lebih buruk lagi.

    Ujarnya, walaupun dilanda fenomena air pasang besar penduduk kampung dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa agar sama-sama memutuskan rangkaian wabak Covid-19.

    Keadaan air yang melimpah masuk ke kawasan kampung membimbangkan sehingga mencecah paras lutut kaki

    Turut bersama dalam lawatan tersebut ialah Ketua Polis Daerah Simunjan, DSP Nixon Joshua Ali; Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Kecil Sebuyau, Ajis Ahmad; Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Simunjan, Tuan Mat anak Undek, Penghulu Hj Abu Seman Suhaili, ketua-ketua kaum dan Pemuda PBB Sebuyau.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    PETROS main peranan besar dalam usaha kerajaan negeri bina rangkaian dan...

    0
    KUCHING, 22 APRIL 2024 (SNN): Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) kini memainkan peranan besar dalam menjayakan misi Kerajaan Sarawak meluaskan dan meningkatkan rangkaian gas Sarawak...