More
    Home Sarawak Samarahan Tingkatkan kesedaran bahaya dadah dengan program Anti-Dadah

    Tingkatkan kesedaran bahaya dadah dengan program Anti-Dadah

    KOTA SAMARAHAN, 15 NOVEMBER 2020 (SNN) : Pelaksanaan program anti dadah di peringkat kampung bantu mereka memberi kesedaran di peringkat akar umbi akan bahaya ancaman dadah kepada masyarakat.

    Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Samarahan dengan kerjasama, One Stop Committee (OSC) dan Substans (MIDS) mengadakan Program Outreach (Temu Seru ) dan Program Komuniti “Mun Sik Arituk Bilo Gik” di Surau Baiturrahman Kampung Tanjung Bundong Fasa 2, siang tadi bertujuan untuk menyampaikan mesej kepada masyarakat akan peranan mereka mencegah penyakit ketagihan dadah dalam komuniti.

    Ketua AADK Samarahan Izzudin Sedi berkata, program seperti ini dilaksanakan sebagai platform untuk menyampaikan perkhidmatan, nasihat, pendidikan serta maklumat dalam membantu golongan sasar mendapatkan rawatan, pemulihan dadah disamping mengenalpasti golongan sasar baharu bagi menyokong mereka untuk berhenti daripada terjebak dengan najis dadah.

    Turut terlibat sama agensi kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pejabat Daerah, Jabatan Kesihatan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pendidikan, Jabatan Agama Islam, Majlis Perbandaran Kota Samarahan, PEMADAM dan Skuad AADK Samarahan.-Sumber Ukas.

    Pihak penganjur turut menyampaikan bantuan makanan asas kepada penerima yang terpilih

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak sedia guna dana sendiri sebagai penadahuluan baiki sekolah dan...

    0
    SIBU, 19 APRIL 2024 (SNN): Kerajaan Sarawak menyambut baik dasar baharu yang diperkenalkan Kerajaan Persekutuan dengan membenarkan kerajaan negeri menggunakan dana sendiri sebagai pendahuluan...